Skip to main content

Selebriti

Kumpul Kad Pokemon Sebagai Hobi Baru, Sweet Qismina Anggap Sekadar Suka-Suka - "Suami Saya Gelak, Tetapi..."

Sweet Qismina

Pelakon, Sweet Qismina berkongsi hobi baharunya iaitu mengumpul kad Pokemon bagi mengisi masa lapangnya.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata, minat terhadap hobi tersebut tercetus selepas dia mengetahui kad tersebut mempunyai nilai tinggi dan berpotensi dijadikan sebagai pelaburan.

Menurutnya, minat itu bermula apabila dia menonton video di media sosial yang memaparkan seorang individu menangis kegembiraan selepas memperoleh kad Pokémon bernilai lima digit, selain pengaruh rakan artisnya, Harris Anuar.

"Saya ada hobi baru, saya jatuh cinta dengan kad Pokemon sebab saya baru tahu kad itu boleh buat pelaburan.

"Dia bermula dengan TikTok, ada seorang budak sampai menangis dapat kad. Rupanya dia dapat lima digit angka

"Kebetulan saya ada kawan, Harris Annuar dapat cecah enam nombor. Jadi, saya tertarik," katanya kepada Gempak.

Sweet berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri Gegar Vaganza 12 untuk mempromosikan drama terbaharunya iaitu Setiaku Berdiri di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Aktres filem Babah itu turut memaklumkan bahawa dia baru sahaja mula mengumpul kad Pokemon sejak beberapa hari lalu.

"Kalau hobi guna kudrat seperti suami, saya tak larat. Sekarang saya baru ada satu dua kotak. Saya kumpul sejak beberapa hari lepas," ujarnya.

Ditanya mengenai reaksi suaminya, Sweet berkata suaminya tidak memandang rendah terhadap hobi tersebut, malah memberikan sokongan penuh.

"Suami saya gelak. Saya tiada hobi. Selama ini, semua suami saya yang buat, saya ikut sahaja dia. Bila dia tengok saya sangat berminat dengan kad pokemon ini, dia tak kritik dan sokong saya," katanya.

Tambah Sweet, hobi mengumpul kad Pokémon ini lebih kepada keseronokan tanpa mengambilnya secara terlalu serius.

"Saya buat ini sekadar hobi sahaja dan untuk suka-suka, bukan terlalu serius. Saya memang jenis cepat bosan dan nak cuba macam-macam," tambahnya.

Must-Watch Video

Advertisement