Skip to main content

Selebriti

Kurang Fasih Berbahasa Melayu, Arena Wan Tak Putus Asa Perbaiki Kekurangan - “Bila Tak Faham, Macam Mana Nak Sampaikan Emosi”

Arena Wan Tak Putus Asa Perbaiki Kekurangan

Pelakon, Arena Wan mengakui tidak menjadikan kekurangan penguasaan bahasa Melayu sebagai halangan untuk terus mengukir nama dalam industri seni tanah air.

Menurut Arena, cabaran bahasa menjadi antara faktor utama yang menjejaskan kelancarannya dalam dunia lakonan, terutama di awal kemunculannya.

Advertisement

“Kalau ikutkan, rasanya masalah terbesar saya pada waktu itu adalah kerana saya tidak fasih berbahasa Melayu.

“Saya masuk dalam industri ini memang saya bertutur bahasa inggeris dan saya adalah ‘english speaker.

“Semasa penyertaan dalam Dewi Remaja pun saya diberitahu kalau nak masuk industri kena fasih dalam bahasa Melayu.

“Saya ada masalah halangan bahasa, jadi bila berlakon, saya rasa kenapa jadi sedikit kaku adalah kerana kurang faham dengan dialog itu.

“Ada beberapa perkataan bahasa melayu yang saya kurang faham, bila saya tak faham macam mana nak sampaikan emosi itu dengan baik,” jelasnya.

Namun begitu, Arena tidak menjadikan hal tersebut sebagai alasan untuk berundur, sebaliknya mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri.

“Sebab itu, setiap projek yang saya buat, saya belajar dan saya cuba memperbaiki kekurangan saya.

“Alhamdulillah, saya nampak ada peningkatan terutama sekali dalam projek Generasi: Prefect 10 ini,” tambahnya.

Mengenang kembali penglibatan awalnya dalam dunia lakonan sekitar tahun 2020, Arena menyifatkan pengalaman ketika itu sebagai antara yang paling mencabar.

“Kalau ikutkan, drama pertama saya yang saya rasa paling ‘struggle’ adalah pada tahun 2020 kalau tak salah.

“Waktu itu pelakon vateran yang saya berlakon bersama adalah Zamarul Hisham, dia berlakon sebagai abang saya, kemudian ada Mona Allen, Isyariana dan Amar Bahrin.

“Saya sangat berterima kasih kepada Zamarul kerana dia banyak beri tunjuk ajar kepada saya.

“Lebih-lebih lagi pada ketika itu saya masih ‘kosong’ dan kurang berpengalaman,” ujarnya.

Untuk info, siri Generasi: Perfect 10 yang juga merupakan arahan Sling Ng itu dibintangi oleh Arena Wan, Arabella Ellen, Sofia Jane, Ellyza Azizi, Daniel Fong, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan Sherie Merlis. 

Legenda gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi juga membuat penampilan khas selain bertindak sebagai penasihat siri tersebut.

Saksikan Generasi: Perfect 10 secara eksklusif di Astro Ria, Astro Citra, Astro GO dan aplikasi sooka.

Must-Watch Video

Advertisement