Skip to main content

Berita

KWSP perkenal I-Legasi, I-Emas Serta Kalkulator Matlamat Persaraan

51734521707 KWSPEPFAkaunSim

Sekilas

  • KWSP memperkenalkan i-Legasi dan Kalkulator Matlamat Persaraan untuk membantu ahli merancang dan memastikan kelangsungan pendapatan persaraan.
  • i-Legasi membolehkan pemindahan simpanan KWSP kepada ahli keluarga selepas mencapai umur pengeluaran penuh, manakala i-Emas menawarkan pengeluaran bulanan yang mampan.
  • Kalkulator Matlamat Persaraan dalam aplikasi i-Akaun membantu ahli menganggarkan keperluan simpanan berdasarkan gaya hidup dan perbelanjaan masa depan.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini memperkenalkan i-Legasi dan Kalkulator Matlamat Persaraan yang menjadi sebahagian daripada usaha untuk memastikan kelangsungan pendapatan persaraan serta jaminan kewangan merentas generasi.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn berkata perancangan persaraan harus melangkaui fasa pengumpulan simpanan dan memberi tumpuan kepada kecukupan dan kemampanan.

“Kami terus memperluas sokongan kepada ahli bukan sahaja untuk menyimpan, tetapi juga untuk membuat keputusan lebih baik bagi memastikan simpanan mereka berkekalan sepanjang hayat serta meninggalkan legasi buat insan tersayang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kemudahan i-Legasi membolehkan ahli memindahkan sebahagian daripada simpanan KWSP kepada akaun KWSP ahli keluarga terdekat setelah mencapai umur pengeluaran penuh.

Selain itu, kemudahan kaedah bayaran bulanan melalui Pengeluaran Umur 55/60 Tahun sedia ada kini dijenamakan semula kepada i-Emas bagi menekankan kepentingan pengurusan simpanan persaraan sebagai sumber pendapatan yang mampan.

Berbanding pengeluaran simpanan secara penuh apabila mencapai usia 55/60 tahun, ahli boleh memilih kaedah bayaran bulanan secara automatik melalui i-Emas, sekali gus membolehkan baki simpanan mereka terus menerima dividen tahunan.

“Lebih 21,000 ahli telah memilih pengeluaran bulanan apabila mencapai usia 55/60 tahun, mencerminkan peningkatan kesedaran terhadap keperluan pendapatan bulanan yang berstruktur selepas persaraan.

“(Kemudahan) i-Emas menyediakan fleksibiliti untuk mengurus keperluan harian di samping melindungi ahli daripada risiko kewangan seperti penipuan dan pengurangan simpanan secara mendadak, serta memastikan aliran pendapatan yang stabil sepanjang tempoh persaraan,” kata Ahmad Zulqarnain.

Selain itu, Kalkulator Matlamat Persaraan yang juga alat digital baharu dalam aplikasi KWSP i-Akaun, direka khusus untuk membantu ahli merancang persaraan secara lebih berkesan.

Kalkulator itu dapat membantu ahli menganggarkan keperluan simpanan masa hadapan berdasarkan jangkaan gaya hidup dan unjuran perbelanjaan.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement