Skip to main content

Viral

Label Rakyat Indonesia Tolol, Rumah Wakil Rakyat Ahmad Sahroni Dirosakkan & Barang Berharga Dirompak

Ruamh wakil rakyat Indonesia dirompak

Segelintir rakyat Indonesia meluapkan rasa marah dan perasaan tidak puas hati terhadap menteri serta ahli politik yang disifatkan sebagai tidak sensitif dengan tekanan hidup mereka dengan cara tak biasa.

Selepas melakukan demonstrasi besar-besaran di beberapa wilayah dan memprotes pihak polis selepas insiden menggilis pemandu ojek sehingga meninggal dunia, Affan Kurniawan, kini sekumpulan penunjuk perasaan bertindak lebih jauh.

Advertisement

Kediaman salah seorang ahli politik yang juga wakil rakyat dipercayai menjadi pemicu kemarahan orang ramai, Ahmad Sahroni telah dipecah masuk dan sebahagian barangan berharga milik keluarganya dicuri.

Insiden berlaku pada 30 Ogos dengan penunjuk perasaan antaranya merosakkan kenderaan mewah ahli politik berusia 43 tahun itu serta memecahkan barangan di dalam kediaman yang terletak di Tanjung Priok, Jakarta Utara itu.

Malah menerusi video yang tular di media sosial, selain patung Iron Man kesayangan Sahroni, barangan mewah termasuk beg jenama Hermes dan Louis Vuitton dilarikan penunjuk perasaan.

Seorang remaja lelaki pula dengan bangga memperlihatkan jam tangan mewah  Richard Mille bernilai jutaan ringgit turut diambil.

Sahroni dipercayai tidak berada di Indonesia selepas mencetuskan kemarahan kerana menyifatkan rakyat yang mengkritik prestasi serta dasar Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Indonesia sebagai rakyat yang ‘tolol sedunia’.

Must-Watch Video