Skip to main content

Selebriti

Lebih Memilih Sahabat Sejati Jadi Bridemaids, Bella Astillah; "Hubungan Ikhlas Tak Semestinya Visible..."

Lebih Memilih Sahabat Sejati Jadi Bridemaids, Bella Astillah; "Hubungan Ikhlas Tak Semestinya Visible..."

Sekilas

  • Bella Astillah memilih bridesmaids berdasarkan persahabatan sejati, bukan populariti atau status artis.
  • Dia menegaskan bahawa persahabatan tidak perlu sentiasa dipamerkan di media sosial untuk membuktikan keikhlasan.
  • Bella berkongsi bahawa hubungan yang ikhlas boleh kekal walaupun jarak jauh dan tanpa interaksi harian.
Advertisement

Pelakon, Bella Astillah tampil mengulas mengenai pemilihan ‘bridesmaids’ bagi majlis perkahwinannya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi perkongsian di Threads, Bella menegaskan bahawa tidak semua 'bridesmaids' perlu terdiri daripada golongan artis atau figura  terkenal, sebaliknya dia lebih memilih sahabat sejatinya

Advertisement

“Apa sebenarnya nilai persahabatan di mata korang? Adakah ‘best friend’ hanya dikira bila sentiasa berkepit, sentiasa muncul dalam posting dan sentiasa ditunjukkan kepada satu dunia?

“Dan sejak bila pula bila kita bercakap tentang “BRIDESMAIDS” semua dalam tu wajib yang popular/artis? Saya lebih memilih ‘pure and genuine friendship’.  Mestilah ada kawan-kawan dalam industri yang saya sangat hormati dan sayang juga.

“Semua ada kehidupan sendiri, ada kerja, keluarga, komitmen dan kesibukan masing-masing. Tak semestinya setiap masa kena bersama atau sentiasa muncul di social media untuk membuktikan sesuatu,”tulisnya.

Dalam pada itu, Bella turut berkata tidak semua persahabatanm
 perlu dipamerkan kepada umum dan ada juga persahabatan yang tetap utuh meskipun dari jarak jauh.

“Pada usia sekarang, Saya rasa kita dah cukup matang untuk faham bahawa hubungan yang paling ikhlas tak semestinya paling visible. Ada kawan yang kita bercakap setiap hari, ada yg tinggal beribu batu jauh, ada yang mungkin berbulan tak berjumpa. Tetapi bila berjumpa, hubungan itu tetap sama.

“Elyssa Murni Johari, contohnya, dah jadi bff Bella sejak umur 8 tahun dan sekarang dia tinggal di Dubai.Setiap kali kami FaceTime, video call atau catch up, takkan setiap momen tu perlu saya screen record dan post utk membuktikan persahabatan kami?

“Media sosial hanya menunjukkan sebahagian kecil  kehidupan seseorang. Bukan semua yang bermakna memerlukan audiens dan bukan setiap persahabatan memerlukan bukti,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement