Skip to main content

Viral

Lelaki Dikerumuni Lalat, Tak Mampu Berjalan Ditemui di Gunung Salak Selepas Hilang 3 Tahun

Astro Gempak lalat

Sekilas

  • Seorang warga emas yang hilang sejak tiga tahun lalu ditemui dalam keadaan lemah di Gunung Salak, Jawa Barat oleh sekumpulan pendaki.
  • Warga emas itu, dikenali sebagai Ayi Solehudin, ditemui terbaring di celah batu berlumut ketika pendaki mencari punca saluran air menggunakan laluan tidak sah.
  • Pihak berkuasa mengesahkan identiti mangsa melalui cap jari dan ujian mata, manakala keluarganya mengesahkan kehilangan tersebut dan terkejut dengan penemuan di lokasi berbeza.

Suasana di dalam Gunung Salak, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat menjadi kecoh selepas sekumpulan pendaki menemui seorang warga emas yang diketahui sudah hilang sejak tiga tahun lalu.

Peristiwa tersebut berlaku pada 25 Mei lalu sebelum video dan foto warga emas itu diselamatkan menjadi tular di media sosial, lapor Detik.

Laporan sama mendakwa warga emas tersebut ditemui sewaktu sekumpulan pendaki menggunakan laluan ‘tidak sah’ di lereng Gunung Salak untuk mencari punca saluran air sebelum terlihat sesosok tubuh yang lemah terbaring di celah batu berlumut di sungai.

Saat ditemukan, warga emas itu berada dalam keadaan yang sangat lemah dengan dikerumuni lalat. Dia memakai baju kemeja berwarna biru dan kain hitam yang menutupi kakinya.

“Dia kelihatan sangat terkejut sewaktu ditemui. Oleh kerana keadaannya yang sangat lemah, kami juga sukar berkomunikasi. Dia sangat bingung,” ujar salah seorang pendaki yang menemui warga emas tersebut.

Selepas berjaya menyelamatkan warga emas itu keluar daripada hutan dengan laluan baharu yang mencabar serta bergilir-gilir mendukungnya kerana dia tidak mampu berjalan, pihak berkuasa mula menyelidik latar belakang mangsa.

Melalui cap jari dan ujian mata yang dilakukan, warga emas itu disahkan sebagai Ayi  Solehudin yang berusia 50 tahun. Dia merupakan warga Kampung Subela, Desa Sukajadi, Kecamatan Campaka, Kabupaten Cianjur yang telah lama hilang.

"Kata pihak keluarga, mangsa sudah hilang sekitar tiga atau empat tahun. Walaupun sudah dicari di Cianjur tapi tidak pernah bertemu. Tahu-tahu dia ditemui di Gunung Salak,” ujar pihak berkuasa tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement