Skip to main content

Berita

Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dengan Bangkai Rusa

IMG 6578

Sekilas

  • Seorang lelaki di Kentucky, Amerika Syarikat, ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan bangkai rusa di tepi jalan.
  • Pemandu yang ternampak kelakuan mencurigakan membuat laporan kepada pihak berkuasa sebelum suspek ditangkap dalam keadaan diselaputi bulu dan darah rusa.
  • Siasatan sedang dijalankan dan lelaki itu mungkin akan didakwa atas kesalahan jenayah seksual serta penderaan haiwan mengikut undang-undang negeri Kentucky.
Advertisement

Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan seekor rusa yang telah mati di tepi jalan di Muhlenberg County, Kentucky, Amerika Syarikat, pada Isnin.

Suspek yang dikenal pasti sebagai Allen Osborne ditahan selepas seorang pemandu yang melalui kawasan berkenaan ternampak kelakuan mencurigakan di bahu jalan sebelum membuat laporan melalui talian kecemasan 911.

Advertisement

Menurut Jabatan Polis Central City, anggota penguat kuasa yang tiba di lokasi menemui suspek dalam keadaan diselaputi bulu serta darah rusa terbabit.

Berdasarkan maklumat saksi dan siasatan awal, lelaki itu dipercayai melakukan hubungan seksual dengan bangkai haiwan tersebut.

Suspek kemudiannya dibawa ke lokap untuk siasatan lanjut.

Pihak berkuasa memaklumkan kes itu sedang disiasat dan berkemungkinan melibatkan pertuduhan berkaitan jenayah seksual serta penderaan haiwan mengikut undang-undang negeri Kentucky.

Setakat ini, polis belum mendedahkan motif kejadian dan siasatan masih dijalankan.-Agensi

 

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement