Skip to main content

Antarabangsa

Lelaki 'Godam' Sistem, Bayar Hanya 1 Sen Menginap Di Hotel Mewah

Hotel
Advertisement

Polis Sepanyol pada Rabu menahan seorang lelaki yang membuat tempahan bilik hotel mewah dengan bayaran 1 sen di bawah kes jenayah siber yang menggemparkan negara itu.

Suspek warga tempatan berusia 20 tahun itu didakwa memanipulasi sistem pembayaran laman web hotel tersebut untuk harga bilik yang mencecah 1,000 euro (RM4,615) untuk satu malam.

Advertisement

Ketika diberkas, pelaku menginap di sebuah hotel di Madrid selama empat malam yang berjumlah 4,000 euro (RM18,462) dan menggunakan barang disediakan bar mini sepanjang penginapannya tanpa membayar bil.

Siasatan dilancarkan selepas laman tempahan dalam talian mengesan aktiviti mencurigakan pada awal bulan lalu.

"Serangan siber itu direka khusus untuk mengubah sistem pengesahan pembayaran. Ia merupakan kali pertama kami mengesan jenayah yang menggunakan kaedah penggodaman seperti ini," menurut Polis Nasional Sepanyol dalam satu kenyataan.

Pelaku telah menginap di hotel itu beberapa kali dan mengakibatkan kerugian berjumlah lebih 20,000 euro (RM92,314). 

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement