Skip to main content

Selebriti

Lelaki Helmet Buat 'Face Reveal' Dikecam, Iddin Ramli Tampil Pertahankan - "Bitter Gila Korang, Tiada Life Ke..."

Haque Iddin Ramli

Sekilas

  • Pendakwah bebas Iddin Ramli mempertahankan personaliti media sosial Hareq yang tular kerana 'face reveal' selepas memakai helmet selama ini.
  • Iddin mengecam sikap segelintir individu yang suka mengecam tanpa sebab munasabah dan menegaskan pemakaian helmet tidak mengganggu sesiapa.
  • Netizen ramai bersetuju dengan Iddin dan mempersoalkan ke mana hilangnya suara anti-buli yang sebelum ini lantang diperjuangkan.

Pendakwah bebas, Iddin Ramli sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil mempertahankan isu tular berkaitan 'face reveal' personaliti media sosial, Haque.

Menerusi perkongsian di Threads, Iddin meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir individu yang gemar mengecam pilihan orang lain tanpa sebab yang munasabah.

Menurutnya, pemakaian helmet atau apa sahaja tidak mengganggu sesiapa dan tidak wajar dijadikan bahan kecaman.

"Bitter gila korang ni, tiada life ke, biar la dia nak tutup muka dia pakai helmet ke baldi ke. Tak kacau korang bernafas pun," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Iddin, malah turut mempersoalkan ke mana perginya suara anti-buli yang sebelum ini lantang diperjuangkan.

Terdahulu, personaliti media sosial yang terkenal kerana sering memakai helmet, Haque akhirnya mendedahkan wajahnya kepada umum. 

Namun, face reveal itu berakhir dengan kecaman apabila ada yang mendakwa wajahnya tidak seperti yang mereka harapkan.

Must-Watch Video

Advertisement