Skip to main content

Selebriti

Lelaki Iras Fattah Amin Tular, Netizen 'Move On" Jumpa Pegganti Baru - "Dapat Yang Ini Pun Dah Ok"

Lelaki Iras Fattah Amin

Selepas perkahwinan pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman menjadi tumpuan hujung minggu lalu, ada peminat yang berkongsi rasa bahagia, namun ada juga yang ‘terguris hati’ kerana idola mereka kini sudah berpunya.

Dalam pada itu, kemunculan seorang lelaki dikenali sebagai Iqbal di TikTok berjaya mencuri perhatian ramai.

Advertisement

Menerusi perkongsian video, Iqbal dilihat sedang membuat lipsync sambil bergaya bersahaja, sekali gus mengundang pelbagai komen nakal daripada netizen.

Rata-rata menganggap kehadiran Iqbal seakan mampu mengubat rasa kecewa selepas berita gembira mengenai perkahwinan pasangan selebriti berkenaan.

Antara komen yang ditinggalkan termasuk:

"Fattah Amin tak dapat, Fattah bismillah boleh la.

"Boleh saya jadi Amirah awak.

"Tak dapat Fattah Amin, dapat yang ini pun jadilah.

"Dapat yang ini pun dah ok," komen netizen.

Sebelum ini, Fattah dan Amira telah selamat disatukan sebagai suami isteri pada pukul 9.08 malam pada Ahad lepas.

Pasangan itu dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan disaksikan bapa pengantin perempuan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement