Skip to main content

Berita

Lelaki Jual Isteri Kepada Sindiket Kerana Sudah Tidak Suka

Astrogempak POLIS

Sekilas

  • Seorang lelaki di Gujarat menjual isterinya kepada sindiket dengan bayaran 50,000 rupee sebelum wanita itu menjadi mangsa rogol berkumpulan.
  • Polis menyelamatkan mangsa dalam operasi khas selepas wanita itu dikurung dan diserang secara seksual oleh kumpulan terbabit.
  • Tujuh individu termasuk suami mangsa telah ditahan dan disiasat atas kesalahan pemerdagangan manusia, rogol berkumpulan, rompakan dan konspirasi jenayah.

Seorang lelaki di Gujarat tergamak menjual isterinya sendiri kepada kumpulan sindiket dengan bayaran 50,000 rupee (RM2,070.14) sebelum wanita itu didakwa menjadi mangsa rogol berkumpulan.

Kes mengejutkan itu terbongkar selepas suspek, Nikesh Patel, membuat laporan polis mendakwa isterinya hilang secara 'misteri' pada 19 Mei lalu di Balai Polis Palanpur West, Banaskantha.

Namun, siasatan lanjut polis mendapati terdapat beberapa percanggahan dalam keterangan lelaki terbabit sebelum dia akhirnya mengaku merancang jenayah tersebut bersama rakan-rakannya.

Menurut pihak berkuasa, suspek mendakwa dia sanggup menjual isterinya kerana tidak menyukai wanita berkenaan.

Polis berkata, mangsa diperdaya untuk keluar bersama suspek sebelum dibawa ke lokasi terpencil dan diserahkan kepada individu lain sebagai sebahagian daripada urusan jual beli tersebut.

Selepas berjaya diselamatkan polis dalam satu operasi khas, mangsa mendakwa dia dikurung dan menjadi mangsa serangan seksual serta rogol berkumpulan sepanjang tempoh ditahan.

Wanita itu turut memaklumkan barang kemas miliknya dirampas sebelum dijual oleh suspek dan kumpulan terbabit untuk mendapatkan keuntungan.

Siasatan mendapati suspek dipercayai merancang jenayah itu bersama beberapa individu lain dikenali sebagai Sanjay Thakor, Ashok Thakor dan Sachin Darbar.

Berikutan pengakuan suspek dan keterangan mangsa, polis membuka kertas siasatan mengikut kesalahan pemerdagangan manusia, rogol berkumpulan, rompakan dan konspirasi jenayah.

Setakat ini, tujuh individu termasuk suami mangsa berjaya ditahan bagi membantu siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement