Skip to main content

Viral

Lelaki Malaysia Pecah Rekod Dunia, Miliki 42 Batang Gigi

Astro Gempak 42 gigi

Sekilas

  • Prathab Muniandy, lelaki Malaysia berusia 33 tahun, mencatatkan rekod dunia Guinness kerana memiliki 42 batang gigi, jumlah paling banyak bagi lelaki.
  • Dia menyedari keunikan giginya pada 2021 ketika berkumpul dengan keluarga dan pengesahan melalui imbasan X-ray menunjukkan empat gigi tambahan belum tumbuh.
  • Kebanyakan gigi Prathab tumbuh dengan baik tanpa komplikasi, dan ramai tidak menyedari keistimewaannya sehingga diberitahu.

Seorang lelaki Malaysia menempa nama dalam Guinness World Records kerana memiliki 42 batang gigi, lapor agensi berita United Press International semalam.

Prathab Muniandy, 33, mencatatkan rekod dunia kategori lelaki yang memiliki gigi paling banyak.

Prathab menyedari tentang bilangan giginya yang banyak pada 2021 semasa berkumpul dengan keluarga untuk minum petang.

“Kami mengira dan mendapati saya mempunyai 38 batang gigi pada masa itu. Hasil imbasan X-ray mendapati empat lagi batang gigi yang masih belum tumbuh.

“Menjelang awal  2023, saya menyedari saya mempunyai 42 batang gigi. Mujur, kebanyakan gigi tumbuh dengan cantik tanpa sebarang komplikasi,” kata Prathab kepada Guinness World Records.

Dia menambah, gigi tambahannya tidak menimbulkan sebarang masalah dan kebanyakan orang tidak menyedari keunikan itu sehingga mereka diberitahu.

“Rasanya menakjubkan dan istimewa untuk mengetahui bahawa saya mencipta rekod dunia kerana mempunyai gigi paling banyak” tambahnya.

Kebanyakan orang mempunyai sebanyak 32 batang gigi. – AGENSI

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Brownies Bucket bersama Premium Hazelnut Chocolate Dipping ️

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

Kurta Larik Petak Relaxed Fit

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

6 pek Popi Tisu Gantung 4 Lapisan 4 ply Air Cushion Tissues

Must-Watch Video

Advertisement