Skip to main content

Berita

Lelaki Maut Terjatuh Ketika Ambil Bola Pickleball

pickle_jatuh

Sekilas

  • Seorang lelaki berusia 32 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tiga ketika cuba mengambil bola pickleball di sebuah bangunan di Pudu, Wangsa Maju.
  • Kejadian berlaku pada jam 9.43 malam dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) oleh polis.
  • Seorang lelaki warga emas berusia 77 tahun juga maut dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kediaman di Setapak pagi tadi.

Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat tiga ketika cuba mengambil bola pickleball di sebuah bangunan di Pudu, Wangsa Maju semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku jam 9.43 malam membabitkan mangsa berusia 32 tahun.

Menurutnya, sebelum kejadian, lelaki itu bermain pickle ball di tingkat tiga dan memanjat pagar sebelah gelanggang untuk mengambil bola lalu terjatuh ke tingkat bawah.

"Kes diklasifikasikan sebagai SDR," katanya.

Sementara itu, lelaki warga emas maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 19 sebuah kediaman di Setapak, di sini, hari ini.

Mohamad Lazim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 8.01 pagi membabitkan lelaki berusia 77 tahun.

"Lelaki itu didapati sudah terbaring di bahagian belakang pondok pengawal dalam keadaan terlentang (sebaik polis tiba di lokasi).

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan.

Sumber: Harian Metro

Must-Watch Video

Advertisement