Skip to main content

Berita

Lelaki Tempatan & Lelaki Pakistan Ditahan JAINJ Tanpa Seluar, Disyaki ‘Buat Sesuatu’ Di Dalam Kereta

JAINJ

Sekilas

  • Dua lelaki, seorang tempatan dan seorang warga asing, ditahan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor selepas didapati berdua-duaan dan melakukan perbuatan tidak senonoh dalam sebuah kereta di Mersing.
  • Mereka berkenalan melalui aplikasi internet dan mengatur pertemuan pertama dalam kereta untuk menjimatkan kos sewa bilik, dengan persetujuan suka sama suka tanpa bayaran.
  • Kedua-dua lelaki disiasat mengikut Seksyen 56 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang membawa hukuman denda, penjara atau sebatan.

Dua lelaki masing-masing warga tempatan dan warga asing ditahan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas dilihat berdua-duaan dan 'melakukan sesuatu' di dalam sebuah kereta yang bergoyak kira-kira 6 petang Sabtu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, JAINJ memakluman penahanan dua lelaki itu dibuat ketika pihak mereka melakukan rondaan dan memeriksa kereta-kereta 'rosak' di sekitar daerah Mersing.

Mereka yang menaiki van kemudiannya cuba menghampiri sebuah kereta yang sedang berhenti dari arah belakang, namun dilihat 'bergoyang' dengan enjin dan pendingin hawa dalam keadaan hidup.

"Penguat kuasa turun dari van dan pergi ke tingkap kereta. Cermin tingkap belakang kiri dan kanan tidak berapa gelap dan penguat kuasa boleh nampak apa yang berlaku di dalam kereta.

"Penguat kuasa nampak dua lelaki 'buat sesuatu' dan penguat kuasa terus mengetuk pintu sambil menunjukkan kad kuasa," katanya.

Pintu kenderaan itu kemudiannya dibuka oleh salah seorang lelaki berkenaan namum mereka berdua tidak terus keluar kerana tidak memakai seluar dan dua-dua hanya memakai kemeja T sahaja.

"Lelaki pertama berusia 30-an dan merupakan lelaki tempatan, namun masih bujang, berasal dari negeri lain dan bekerja di daerah ini.

"Lelaki kedua pula berusia 20-an, seorang warga Pakistan beragama Islam, mempunyai pasport, masih bujang dan mengaku tidak bekerja," jelasnya.

Selepas beberapa soalan diajukan, kedua lelaki itu menjelaskan bahawa mereka berkenalan melalui sebuah aplikasi internet di mana lelaki tempatan ini yang menawarkan 'servis' kepada lelaki.

"Dia tidak menipu identiti sebagai wanita, tetapi berterus terang sebagai lelaki gersang untuk dibelai, didamba dan diusap manja oleh lelaki sejati.

"Mereka seterusnya mengatur pertemuan di dalam kereta untuk menjimatkan kos sewa bilik. Mereka berkenalan dalam seminggu dan ini adalah pertemuan kali pertama mereka.

"Soal siasat seterusnya, mereka kata buat suka sama suka tanpa bayaran," katanya.

Kedua-duanya lelaki itu kemudian ditangkap untuk siasatan mengikut Seksyen 56 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara atau enam sebatan atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Must-Watch Video

Advertisement