Skip to main content

Selebriti

Lisdawati Nafi Kongkong Anak, Akui Guna Didikan Yang Sama Ketika Kecil - “Kata Laluan Bank Pun Saya Tahu…”

Lisdawati Nafi Kongkong Anak, Akui Guna Didikan Yang Sama Ketika Kecil - “Kata Laluan Bank Pun Saya Tahu…”

Sekilas

  • Lisdawati sangat mengambil berat tentang aktiviti dan pergaulan anak-anaknya, termasuk memantau penggunaan telefon dan kewangan mereka.
  • Dia menegaskan bahawa langkahnya bukan untuk mengongkong, tetapi untuk melindungi anak-anak daripada perkara buruk dengan menerangkan sebab setiap larangan.
  • Lisdawati juga mengamalkan pendekatan terbuka dengan memberi penjelasan dan solusi supaya anak-anak dapat memahami kesan tindakan mereka.
Advertisement

Pelakon, Lisdawati mengakui dirinya sangat mengambil berat mengenai pergerakan dan aktiviti anak-anaknya.

Menurut Lisdawati, dia sentiasa mahu mengetahui apa yang dilakukan anak-anak termasuk dengan siapa mereka berkawan dan perkara yang dilihat menerusi telefon.

Advertisement

“Saya memang tanya segalanya pada anak saya. Kata laluan akaun bank pun saya kena tahu baru saya bukakan. Saya nak tahu duit itu pergi ke mana. Ambil tahu dia mesej dengan siapa.

“Kalau anak perempuan saya akan pesan untuk pakai hijab kalau ‘video call’. Saya akan tanya siapa yang dia berkawan. Saya lagi suka kalau saya kenal ibu bapa kawan dia. Saya tidaklah menekan cuma saya akan terangkanlah kenapa tidak boleh.

“Telefon ini jahat. Saya nak tahu apa yang mereka lihat di telefon. Dari situ saya tahu. Mak kena ambil berat pada anak, tak boleh lepaskan macam itu sahaja,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, pelakon drama Cela itu menegaskan bahawa dia bukan mahu mengongkong kehidupan anak-anak, sebaliknya mengambil langkah tersebut untuk mengelakkan perkara tidak baik berlaku.

Katanya, dia lebih memilih untuk menerangkan sebab di sebalik setiap larangan supaya anak-anak dapat memahami dan membezakan perkara yang baik dan buruk.

“Kalau dia buat salah, cepat kantoi dan tak buat lagi. Kita tak mengongkong tetapi kita bagitahu kenapa kena pilih kawan dan saya akan jelaskan setiap kesan tindakannya. Kemudian, saya beri solusi dan dari situ dia akan berfikir.

“Anak lelaki pun saya akan buat yang sama. Kawan ajak menginap, saya tak beri sebab bahaya. Saya akan tunjukkan real story yang berlaku dan mereka akan faham.

“Perkara ini diterapkan pada saya juga ketika berusia 10 tahun dahulu. Dulu saya tak faham, sekarang saya dah faham pendedahan tersebut,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement