Skip to main content

Selebriti

Luahan Terbuka Kepada PMX Dikritik, Nabila Huda Tampil Perjelas Isu Kekejaman Haiwan - “Apa Yang Saya Perjuangkan…”

Luahan Terbuka Kepada PMX Dikritik, Nabila Huda Tampil Perjelas Isu Kekejaman Haiwan - “Apa Yang Saya Perjuangkan…”

Sekilas

  • Pelakon Nabila Huda menjelaskan luahan terbukanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penganiayaan dan kekejaman terhadap haiwan di Malaysia.
  • Beliau menegaskan bahawa gesaannya adalah untuk memperkasakan undang-undang dan penguatkuasaan bagi melindungi semua haiwan yang menjadi mangsa penderaan.
  • Nabila turut menolak kecaman yang diterimanya dan menegaskan bahawa tujuannya adalah untuk mencipta perubahan, bukan menimbulkan kebencian atau perbalahan.
Advertisement

Pelakon, Nabila Huda tampil menjelaskan mengenai luahan terbukanya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai penganiayaan dan kekejaman haiwan.

Nabila yang mesra dipanggil Abil, 42 berkata bahawa luahannya itu adalah untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya terhadap haiwan-haiwan yang ditindas serta dianiaya.

Advertisement

“Nampaknya masih ramai yang tak faham dengan hantaran saya. Saya merayu untuk memperkasakan lagi undang-undang terhadap kekejaman haiwan di Malaysia. 

“Bukan untuk seekor haiwan dan bukan untuk satu kes sahaja. Ini melibatkan setiap haiwan yang telah menjadi mangsa kekejalaman dan penderaan yang sehingga hari ini masih tidak dapat keadilan sepatutnya. 

“Apa yang saya perjuangkan amat mudah iaitu saya mahu perlindungan, penguatkuasaan dan keadilan yang lebih baik untuk haiwan,”tulisnya.

Hairan dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya, Nabila turut berkata luahan itu bukanlah untuk mencipta kebencian tetapi merupakan suara untuk menggesa pemerkasaan terhadap penguatkuasaan dan perlindungan haiwan.

“Yang saya tak faham, kenapa ramai yang lebih memilih untuk jelaskan benda yang bukan saya maksudkan, marah, bergaduh dan menambahkan kebencian sesama sendiri. Tak boleh ke kita fokus pada isu yang sebenar. Ia bukan mengenai mencipta kebencian tetapi mencipta perubahan,”katanya.

Sebelum ini, Nabila pernah berkongsi luahan secara terbuka kepada Anwar bagi menggesa tindakan tegas terhadap kesalahan melibatkan kekejaman terhadap haiwan.

Bagaimanapun perkongsian tersebut telah mencetus pedebatan warganet sehingga meraih pelbagai kecaman dan kritikan terhadap Nabila.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Must Watch Video

Advertisement