Skip to main content

Berita

“Maafkan Segala Salah Silap Kami” - Sudah Hampiri Gaza, Perkongsian Hazwani Helmi Bikin Sebak

Hazwani

Penyanyi dan pempegaruh, Hazwani Helmi menyorot perhatian netizen selepas berkongsi gambar ibu bapanya di Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Hazwani menzahirkan rasa terima kasih kepada ibu bapanya kerana memberi kebenaran kepadanya dan kakak, Heliza Hilmi untuk menyertai misi kemanusian Sumud Fotilla.

Advertisement

“Terima kasih Mama Abah sebab menyokong kami, mendoakan kami dan mendidik kami sampai ke tahap ini. Kami tahu bukan mudah mama dan abah nak merelakan dua orang anak perempuan sekaligus utk misi mcm ni.

“Tapi kami yakin sebab mama abah antara orangg yang sangat yakin dengan kuasa doa. Macam mana Allah jaga kami masa misi di Syria, Gaza dan negara bergolak yang lain. InshaAllah mudah-mudahan untuk misi kalini juga,” katanya.

Dalam pada itu, Hazwani turut berkongsi bahawa mereka telah selamat memasuki ke zon merah dan menghampiri Gaza.

“Kami tahu.. mesti tak lena tidur mama abah. Especially malam ni. Sebab kami dah masuk red zone. Sgt dekat dah dgn Gaza. Banyak berangkalian akan berlaku. Tapi inshaAllah redha mama abah menjadi payung penyelamat kami. Mama abah.. terima kasih menjadi ibu ayah yg terbaik buat kami. Halal segalanya. Maafkan segala salah silap kami.

“Moga Allah ganjarkan syurga tertinggi utk mama abah. Aamin,” tambahnya. 
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan keselamatan kesemua peserta Sumud Fotilla.

“Allahumma yassir wala tu assir, MashaAllah Ika dan Ija, InsyaAllah kitaorang tak putus doa untuk kalia.

“Sebaknya baca.

“Ya Allah jagalah Heliza dan Kak Ja.

“Kami tunggu kepulangan kalian.

“Semoga Allah Swt jaga kalian,” tulis netizen.

Sekadar info, pelayaran lebih 40 kapal Global Sumud Flotilla kini memasuki zon paling kritikal sekitar 100 batu nautika dari Gaza.

Zon ini menjadi lokasi tumpuan memandangkan terdapat beberapa misi sebelum ini sejak tahun 2010 digagalkan oleh tentera Israel.

Sekiranya tiada gangguan atau cabaran di sepanjang perjalanan, delegasi GSF dijangka tiba di Gaza pada sekitar 6 petang waktu Malaysia pada Khamis.

Konvoi misi kemanusiaan GSF yang membawa bantuan kemanusiaan meliputi bekalan makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan dengan peserta terdiri daripada sukarelawan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Asia Barat.

Seramai 34 rakyat Malaysia berada di atas beberapa kapal dalam flotila itu.

Misi ini bertujuan memecahkan sekatan laut Israel yang telah berlangsung selama hampir dua dekad dan memburukkan keadaan hidup lebih 2.4 juta penduduk Gaza.

Must-Watch Video

Advertisement