Skip to main content
Advertisement

Selebriti

“Macam Mana Bisnes Orang Islam Nak Maju Kalau Ada Perangai Jahat Suka Tuduh Macam Ini?” - Amin Idris Tak Setuju KA Dianggap Kapitalis

“Macam Mana Bisnes Orang Islam Nak Maju Kalau Ada Perangai Jahat Suka Tuduh Macam Ini?” - Amin Idris Tak Setuju KA Dianggap Kapitalis

Sekilas

  • Amin Idris menegaskan tuduhan terhadap Khairul Aming sebagai kapitalis tidak berasas kerana Khairul berniaga secara halal, jujur, dan menjaga kebajikan pekerja.
  • Amin mengingatkan bahawa kapitalis sebenar adalah mereka yang mengejar keuntungan tanpa mengira halal haram dan menindas orang lain, berbeza dengan cara Khairul menjalankan perniagaan.
  • Khairul Aming meluahkan rasa sedih apabila usahanya dilabel kapitalis, sedangkan kejayaan perniagaannya memberi manfaat kepada ramai pihak.
Advertisement

Pengacara dan pendakwah bebas, Amin Idris tampil berkongsi pandangan mengenai usahawan, Khairul Aming yang dianggap kapitalis oleh segelintir individu.

Menerusi perkongsian di Threads, Amin menyifatkan tuduuhan tersebut sebagai tidak berasas kerana konsep yang digunakan terhadap Khairul itu telah disalahguna.

Advertisement

Menurut Amin, kapitalis adalah peniaga yang hanya memikirkan tentang keuntungan perniagaan semata-mata tanpa mengira halal dan haram serta menzalimi orang lain.

“Sebahagian netizen ini pun, agak-agaklah nak tuduh KA ini kapitalis. Dia berniaga memang nak untung, bukannya pertubuhan kebajikan. Kapitalis ini sejenis nak untung sahaja tanpa mengira halal atau haram, tindas orang lain dan kaya sorang-sorang.

“Tapi kalau dia berniaga dengan cara halal, bersedekah dan zakat. Buka peluang pekerjaan untuk orang, jaga kebajikan staff dan bayar gaji elok, celah mana kapitalis?,”tulisnya.

Advertisement

Dalam pada itu, Amin turut berpesan agar orang ramai sepatutnya bersyukur kerana masih ada usahawan muslim yang berjaya seperti Khairul.

Malah, agama islam sentiasa mendidik agar penganutnya bersikap jujur dan amanah ketika menjalankan perniagaan.

“Macam mana bisnes orang islam nak maju kalau ada perangai jahat suka tuduh menuduh macam ini?

“Sepatutnya kita bangga dan gembira kerana ada usahawan muslim berjaya macam KA. Dalam agama, islam tidak mencela perniagaan atau keuntungan tetapi mencela keuntungan yang dicapai melalui dusta, kezaliman, penipuan dan sumpah palsu. Itulah kapitalis yang sebenar. Nabi memuji peniaga yang jujur dan amanah,”ujarnya.

Terdahulu, Khairul meluahkan rasa sedih apabila ada pihak yang melabel usahanya dalam mengembangkan perniagaan sebagai kapitalis.

Pemilik restoran Rembayung itu hairan apabila usahawan tempatan untuk berkembang sering dipandang serong sedangkan kejyaan sesebuah perniagaan turut memberi manfaat kepada ramai pihak.

Anda mungkin berminat dengan

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Ajwa Size A dari Madinah 5 KG/ 1kg Kurma buah Ramadan snack

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Must Watch Video

Advertisement