Skip to main content

Selebriti

“Macam Mana Nak Tahu Cara Penceritaan, Kalau Orang Pun Tak…” - Namron Ulas Isu Filem Biopik Kurang Dihargai

“Macam Mana Nak Tahu Cara Penceritaan, Kalau Orang Pun Tak…” - Namron Ulas Isu Filem Biopik Kurang Dihargai

Sekilas

  • Pelakon Namron menegaskan bahawa kekurangan penonton filem biopik bukan hanya disebabkan cara penceritaan, tetapi juga genre itu sendiri.
  • Beliau berkata walaupun jalan cerita penting, ia tidak bermakna jika penonton tidak berminat untuk menonton filem biopik di pawagam.
  • Namron menambah bahawa stigma negatif terhadap filem biopik menyebabkan ramai penonton sudah membuat tanggapan awal yang filem jenis ini tidak menarik.
Advertisement

Tiada siapa yang ingin menonton filem biopik, pelakon Namron tampil mengulas mengenai segelintir individu yang menggangap kekurangan penonton filem biopik bukanlah disebabkan pemilihan genre, namun cara penceritaan.

Enggan bersetuju dengan perkara tersebut, Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan berkata jalan cerita sesebuah karya sememangnya penting, namun ia tidak berguna jika tiada siapa yang sudi menonton filem berkenaan.

Advertisement

“Bila saya kata filem biopik orang tak suka tengok. Ramai yang pertahankan dan kata bukan salah genre tetapi cara bercerita.

“Betul cara bercerita penting selain dari nilai produksi tetapi persoalannya macam mana nak tahu cara penceritaan kalau orang pun tak pergi tengok,”tulisnya menerusi Threads.

Mengulas lanjut, pelakon filem Terbang itu turut berkata kebanyakkan penonton masa kini telah membuat tanggapan awal bahawa filem biopik itu tidak seronok ditonton.

Advertisement

Maka, terbuktilah jika sesebuah karya itu mempunyai jalan penceritaan yang bagus atau tidak, filem biopik masih tidak dapat menarik perhatian penonton ke pawagam.

“Masalahnya kat sini, orang tahu sahaja filem biopik, orang dah set dalam kepala tak best nak tengok.

“Faham sahaja kalau orang dah pergi tengok dan kata penceritaan tak best, cerita ke laut tetapi kalau orang yang dah pergi tengok dan kata cerita best, power, outstanding tetapi masih tak dapat tarik orang ke panggung itu bukan masalah penceritaan,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

NEW Arai Tour-X5 Honda Africa Twin (LIMITED EDITION)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement