Skip to main content

Selebriti

Madu atau Racun: Ada Yang Sampai Sentuh Hal Peribadi, Uqasha Senrose Mohon Orang Ramai Jangan Cepat Menilai - “Saya Rasa Ia Sangat Melampau”

Madu atau Racun: Ada Yang Sampai Sentuh Hal Peribadi, Uqasha Senrose Mohon Orang Ramai Jangan Cepat Menilai - “Saya Rasa Ia Sangat Melampau”

Sekilas

  • Pelakon Uqasha Senrose meminta orang ramai tidak cepat menilai drama Madu atau Racun hanya berdasarkan klip yang disunting di media sosial.
  • Uqasha menegaskan setiap drama mempunyai nilai dan pengajaran tersendiri yang perlu ditonton sehingga episod terakhir sebelum membuat penilaian.
  • Beliau turut kecewa dengan komen negatif yang mengaitkan drama itu dengan hal peribadinya, termasuk sentuhan mengenai anak-anaknya yang dianggap keterlaluan.
Advertisement

Pelakon, Uqasha Senrose tampil bersuara selepas drama terbaharu yang dibintanginya berjudul Madu atau Racun mencetus perdebatan dalam kalangan warganet.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Uqasha memohon agar orang ramai tidak cepat menilai drama tersebut hanya berdasarkan babak-babak yang telah disunting di media sosial.

Advertisement

Menurutnya, setiap drama mempunyai nilai, pengajaran dan jalan tersendiri.

“Apa yang korang tengok bukan keseluruhan cerita dan setiap episod kan? Hanya tengok klip-klip yang sudah disunting? Setiap jalan cerita pasti ada ujian, pengajaran, iktibar dan keinsafan. 

“Cuba tengok sampai episod terakhir dan nilailah selepas itu. Jangan terus judge macam tiada hari esok. Sampai ke personal korang sentuh. Allahu,”tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, Uqasha amat terkilan selepas melihat komen segelintir individu yang mengaitkan drama tersebut dengan hal peribadinya.

Malah, dia menggangap perkara tersebut sebagai keterlaluan kerana ada yang menyentuh mengenai anak-anak.

“Sampai mempersoalkan ‘islam ke’, ‘masing-masing ada anak perempuan’ dan sampai sentuh bab bab anak. Maaf saya rasa ia sangat melampau. Baru episod berapa terus dah kena kecam sampai ke anak-anak. 

“Yang judge semua ini rasanya bukan tengok cerita tetapi tengok apa yang dekat FYP itu. Tolong tengok cerita dan isi kandungnya gais. Agak melampaulah korang yang bercakap ini,”luahnya.

Anda mungkin berminat dengan

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

ADIDAS COTTON SPORT GYM BAG (ADIACC040CS)

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

(Refine by Lovito) Casual Top Daily Office Holiday Travel Lace Texture Button New Style Spring/summer White Top for Women LR29A052 (Refine by Lovito) Casual Top Lace Texture Button New Style Spring/summer White Top untuk Wanita LR29A052

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

NORTH HARBOUR Unisex Men Women Adult The Best Ever Round Neck Plain Cotton T-Shirt Baju Kosong Solid Tee NHR1100 Group C

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

Must Watch Video

Advertisement