Sekilas
- Liyana Jasmay menjelaskan isu perubahan wajahnya adalah sindiran berikutan perhatian ramai terhadap penampilannya.
- Pelakon itu mengakui penat dengan kritikan netizen dan bercadang melakukan transformasi wajah pada tahun 2026 demi ketenangan diri.
- Wajah Liyana sering menjadi perbualan netizen, terutama ketika dia tidak memakai solekan.
Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay tampil menjelaskan isu kononnya dia mahu melakukan perubahan pada wajahnya menjelang tahun baharu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, Liyana menegaskan kenyataan tersebut hanyalah sekadar sindiran memandangkan wajahnya sering menjadi perhatian ramai.
"Mancung tak hidung saya? Oh tuhan, sejak bila orang tak faham sindiran," tulisnya.
Sebelum ini, Liyana mengakui dirinya sudah penat berdepan kritikan netizen lebih-lebih lagi apabila menyentuh soal penampilannya.
Liyana secara terbuka meluahkan hasrat untuk melakukan transformasi wajah pada tahun 2026.
Menurut Liyana, tekanan daripada kritikan berterusan membuatkan dia merasakan perubahan itu perlu dilakukan demi ketenangan diri, bukan semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain.
Terdahulu, wajah Liyana sering menjadi bualan netizen lebih-lebih lagi ketika dia tidak mengenakan sebarang solekan.