Skip to main content

Berita

Main Mercun Atas Kereta Bergerak, Lelaki Kini Diburu Polis

Bakar isteri

Sekilas

  • Seorang lelaki kini diburu polis selepas rakaman dia bermain mercun dari dalam kereta yang sedang bergerak tular di media sosial.
  • Kejadian berlaku di kawasan Elmina Rainforest, Shah Alam, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2007.
  • Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat untuk membantu siasatan.

Aksi berbahaya seorang lelaki dipercayai bermain mercun dari dalam sebuah kereta yang sedang bergerak mengundang padah selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada Sabtu kira-kira jam 12.48 tengah hari.

Menurutnya, siasatan awal mendapati insiden berkenaan berlaku di kawasan Elmina Rainforest, Persiaran Ficus, Seksyen U15, di sini.

"Rakaman video berdurasi 50 saat yang tular menunjukkan seorang lelaki bertindak berdiri melalui bumbung suria (sunroof) sebuah kereta yang sedang bergerak sebelum melepaskan beberapa das mercun ke udara.

"Kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam dan kenderaan tersebut dipandu individu lain,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, tindakan suspek itu bukan sahaja membahayakan dirinya sendiri, malah boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 2007.

"Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Ahmad Mokhsin Abdul Rahman di talian 011-17554394 bagi membantu siasatan," katanya.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki bertindak bermain mercun secara berbahaya dengan berdiri melalui bumbung suria sebuah kenderaan yang sedang bergerak di sekitar Bukit Jelutong.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement