Skip to main content

Berita

Majikan Pemurah Bagi Bonus RM100 Juta - “Bukan Saya Suka Beri Wang Tapi…”

Majikan pemurah

Sekilas

 

  • CEO syarikat, Cui Peijun, meletakkan £19 juta (RM99.6 juta) wang tunai di atas meja makan semasa majlis gala, membolehkan pekerja membawa pulang wang dalam masa tertentu.
  • Syarikat mencatat keuntungan £29 juta (RM152 juta) tahun lepas dan tujuan bonus ini adalah untuk membantu golongan muda yang terbeban dengan hutang dan pinjaman.

Sebuah syarikat di China tular kerana mengagihkan wang tunai hampir 70 peratus daripada keuntungan pada tahun lepas kepada pekerjanya sebagai bonus, lapor akhbar Metro UK. 

Ketua Pegawai Eksekutif Henan Kuangshan Crane Co Ltd, Cui Peijun meletakkan bonus tunai sebanyak £19 juta (RM99.6 juta) di atas meja makan semasa majlis makan malam gala syarikat baru-baru ini. 

Selain menganjurkan majlis makan malam, Peijun turut menyediakan 800 meja untuk 8,000 kakitangannya dengan setiap satu dipenuhi wang. 

Antara permainan yang ditawarkan termasuk kakitangan dibenarkan untuk membawa pulang wang di atas meja tersebut dalam masa ditetapkan. 

Wang yang tinggal hanya berjumlah £10 juta (RM52.4 juta) selepas acara itu selesai. 

Syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan sekitar £29 juta (RM152 juta) pada tahun lepas, lapor portal berita South China Morning Post. 

“Bukan saya suka memberi wang tetapi golongan muda dibebani dengan pinjaman kereta dan hutang jadi kami cuba memberi kelegaan kepada mereka,” kata Peijun.


Sumber: Kosmo! Online

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement