berita
“Makan Apa Sahaja Yang Anda Mahu” – Peminat Lapar, Park Bom Sanggup Tempah Satu Restoran
Bekas anggota kumpulan K-Pop 2NE1, Park Bom sanggup menempah satu restoran untuk peminat yang kelaparan.
Momen manis itu berlaku selepas Bom mempersembahkan single terbarunya, Spring untuk program MBC Show! Music Core TV Special baru-baru ini.
Melihat kepada peminat yang setia menunggu persembahannya sejak dari awal, Bom bertanya sama ada peminatnya sudah menikmati makanan atau pun tidak.
Tidak lama kemudian, Bom membuat kejutan dengan menempah satu restoran khas buat para peminatnya.
Paling menarik apabila menunya bertemakan ‘makan apa sahaja yang anda mahu’ membuatkan peminat berasa terharu.
Tidak cukup dengan itu, Bom kemudiannya membuat kemunculan di dalam restoran tersebut untuk makan dan berbual bersama peminatnya.
Menerusi Twitter, rata-rata peminatnya mengucapkan terima kasih kepada Bom kerana mengambil berat tentang mereka.
“Baiknya Bommie, mana nak cari idol penyayang seperti ini. Terima kasih @haroobomkum belanja kami dan tempeh restoran ini.
“Bom juga turut makan bersama kami di dalam restoran. Kami berasa sungguh gembira dapat bertemu dengan kamu. Kami akan sentiasa bersama kamu,” tulis @SecretGarden2BW
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.