Skip to main content

Selebriti

"Makan Mengunyah Sampai Berbunyi Chup Chap" - Fazura Kongsi Senarai 'Pet-Peeves'

Fazura

Sekilas

  • Fazura berkongsi beberapa pet peeves yang sering mengganggu dirinya termasuk bunyi mengunyah tanpa tutup mulut dan sikap terlalu bergantung pada orang lain.
  • Pelakon ini juga tidak suka dengan individu yang berat tulang membantu dan terlalu ‘entitled’ dalam pergaulan seharian.
  • Fazura menegaskan pentingnya adab asas seperti memberi salam, mengucapkan terima kasih, dan meminta maaf dalam interaksi harian.

Pelakon, Fazura menyorot perhatian netizen selepas berkongsi beberapa perkara yang sering mengganggu dirinya atau dikenali sebagai pet peeves.

Menerusi perkongsian di Threads, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin menyenaraikan beberapa tabiat yang dianggap mengganggu serta mengingatkan tentang kepentingan sikap bertimbang rasa dalam pergaulan seharian.

"Antara perkara yang paling membuatkan saya rimas (pet peeves) ialah apabila seseorang mengunyah makanan tanpa menutup mulut sehingga mengeluarkan bunyi yang tidak beradab. Selain itu, keluar rumah tanpa membawa keperluan diri seperti powerbank, Panadol atau wang tunai, namun sentiasa bergantung dan meminta daripada orang lain juga," tulisnya.

Dalam masa sama, Fazura turut menyentuh mengenai sikap sesetengah individu yang kurang membantu dan terlalu bergantung kepada orang lain.

"Saya turut kurang senang dengan individu yang berat tulang untuk membantu, terutamanya ketika keluar bersama, selain sikap merasakan diri terlalu ‘entitled’ atau terlalu penting sehingga sentiasa menunggu orang lain memimpin dan menyuapkan maklumat," ujarnya.

Bukan itu sahaja, pelakon yang terkenal menerusi Pisau Cukur itu turut menekankan mengenai adab asas yang perlu diamalkan dalam pergaulan seharian.

"Akhir sekali, saya tidak gemar terhadap individu yang berat untuk memberi salam, mengucapkan terima kasih serta meminta maaf," tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan perkara yang sama turut menjadi pet peeves mereka.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement