Malaysia Juara Keseluruhan KL2017 Dengan 145 Emas, Hadiah Hari Kebangsaan!
Fiza Kamarudin
30/08/2017 14:50 MYT
30/08/2017 14:50 MYT
Atlet negara berjuang sehingga ke titisan darah terakhir demi memastikan gelaran juara keseluruhan temasya Sukan SEA edisi ke-29 milik Malaysia dengan pencapaian gemilang 145 emas, sekali gus memberi hadiah istimewa sempena sambutan Hari Kebangsaan 2017, esok.
Buruan emas pada hari kemuncak penutupan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) hari ini, menayaksikan atlet negara merangkul lima daripada tujuh emas yang ditawarkan iaitu dua daripada acara terjun dan melabuhkan tirai dengan tiga emas daripada acara luncur ais.
Ini adalah kali kedua Malaysia mengungguli temasya Sukan SEA selepas merangkul 111 emas pada edisi 2001 di laman sendiri.
Meskipun menetapkan sasaran sama kali ini, namun atlet negara bangkit bersama dengan semangat juang yang tinggi untuk melepasi sasaran di luar jangkaan.
Melengkapkan persada carta pungutan pingat, Malaysia merangkul 145 emas, 92 perak and 86 gangsa, jauh meninggalkan pencabar terdekat, Thailand dengan 72 emas termasuk ibu segala pingat dalam acara bola sepak iaitu penuruan kilauan emas daripada 95 yang dicatat pada edisi lepas, di Singapura, dua tahun lepas.
Vietnam menduduki tangga ketiga dengan 58 emas, hanya kelebihan satu daripada Singapura disusuli Indonesia dengan 38 emas, Filipina (24), Myanmar (7), Kemboja (3) dan Laos dengan dua butir emas.
Brunei dan Timor Leste menlengkapkan penyertaan 11 negara dengan masing-masing membawa pulang lima perak dan lapan gangsa dan tiga gangsa oleh Timor Leste.
Filipina akan menjadi hos Sukan SEA ke-30 pada 2019.

Sumber: Astro Awani