berita
Malaysia vs Indonesia, Kim Swee Harap Dapat Ketepikan Isu Di Luar Padang
Jurulatih skuad bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee berharap agar tiada sebarang kekecohan yang akan berlaku apabila pasukan Malaysia bertemu Indonesia dalam aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam.
Menurut Kim Swee, dia mengingatkan kedua-dua penyokong supaya mengetepikan isu yang berlaku di luar padang serta berharap agar mereka menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.
“Kita harus ketepikan isu lain, saya harap perlawanan itu nanti tidak dipengaruhi sebarang impak negatif. Yang penting kedua-dua pasukan dapat memberikan permainan terbaik.
“Semua penyokong perlu menjaga tingkah laku yang baik bagi mengelak sebarang masalah.
"Malaysia di landasan terbaik untuk memburu tempat ke final dan akan membuat perhitungan dengan Indonesia selepas muncul juara Kumpulan A hasil empat kemenangan berturut-turut.
"Meskipun ini bukan perlawanan mudah namun kami akan menunjukkan permainan yang terbaik dalam mumburu aksi ke final,” katanya.
Skuad Harimau Malaya akan bertemu dengan Indonesia pada aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam, pada 26 Ogos ini.
Marilah kita sama-sama menyokong atlet-atlet yang bertanding pada temasya sukan SEA Kuala Lumpur kali ini.
Untuk perkembangan dan informasi mengenai GempakXSeaGames, layari www.gempak.com/seagames2017 atau ikuti laman Facebook Astro Gempak dan Instagram @astrogempak.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video