Skip to main content

Rancangan Realiti

Malaysian Host Wanted: Ceddy Ang Tampil Dengan 'Dr. Foodie', Tinjau Restoran Bersama Marsha Milan

Malaysian Host Wanted Ceddy Ang

Sekilas

  • Program realiti Malaysian Host Wanted kini memasuki episod kedua dengan hanya enam finalis terbaik yang akan bersaing.
  • Dalam episod ini, Ceddy Ang menghasilkan episod pilot rancangan sendiri, Dr. Foodie, yang meneliti masalah sebuah restoran di Puchong bersama Marsha Milan.
  • Episod kedua akan disiarkan pada 25 Disember jam 11:30 malam di Astro Ria dan menampilkan penilaian oleh juri profesional serta hadiah utama RM30,000.

Program realiti pencarian hos baharu, Malaysian Host Wanted, terus mencuri perhatian apabila episod kedua bakal menyaksikan hanya enam peserta terbaik daripada sepuluh yang berjaya melangkah ke peringkat final.

Enam finalis yang terpilih ialah Ceddy Ang, Meyra Khan, Fimie Don, Daniel Cheang, Nina Amin dan Keanu Azamn.

Episod kedua yang berdurasi satu jam ini, Ceddy menghasilkan sebuah episod pilot atau episod percubaan bagi rancangan yang diterbitkan olehnya sendiri berjudul “Dr. Foodie”.

Dalam rancangan ini, Ceddy tampil sebagai pengacara utama yang membawa watak unik Dr. Foodie, seorang hos yang ‘mendiagnosis’ masalah sesebuah restoran.

Ceddy bersama artis jemputan penyanyi, Marsha Milan turun padang ke restoran Sabah Beef Noodle, Kah Hiong Ngiu Chap di Puchong bagi meneliti, mengkaji dan menyiasat punca sebenar mengapa restoran tersebut kurang dikunjungi walaupun kualiti makanannya dipuji.

Episod ini akan dinilai oleh hos dan juri tetap Sherry Al-Hadad, bersama dua juri profesional berpengalaman, Datuk Aznil Haji Nawawi dan Awal Ashaari, serta rakan-rakan wartawan industri hiburan.

Malaysian Host Wanted Episod 2 menjanjikan pendedahan eksklusif, emosi, cabaran sebenar dunia penerbitan serta kritikan jujur daripada pakar industri.

Pemenang Malaysian Host Wanted bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, selain peluang membuka laluan kerjaya sebenar sebagai hos di Astro.

Malaysian Host Wanted episode kedua akan bersiaran pada 25 Disember ini, Khamis, jam 11:30 malam di Astro Ria.

Must-Watch Video

Advertisement