Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Marsha Milan Pilih Pendekatan ‘Juri Berlapik’, Akui Faham Perasaan & Penerimaan Peserta - “Cakap Kasar Tiada Guna Sebab…”

Marsha Milan Pilih Pendekatan ‘Juri Berlapik’, Akui Faham Perasaan & Penerimaan Peserta - “Cakap Kasar Tiada Guna Sebab…”

Sekilas

  • Marsha Milan menjelaskan dia memberi komen yang membina dan tidak hanya positif semata-mata dalam program realiti Borneo Rising.
  • Dia memilih pendekatan penjurian yang lembut kerana kesalahan peserta masih boleh diterima dan untuk memudahkan penerimaan komen.
  • Borneo Rising disiarkan secara langsung setiap Ahad di Astro Ria dan TV Okey, dengan penjurian gabungan juri profesional dan undian penonton.
Advertisement

Penyanyi, Marsha Milan tampil memberikan respons selepas menerima pelbagai komen positif mengenai cara penjuriannya untuk program realiti terbaharu, Borneo Rising.

Marsha berkata dia tidaklah memberikan komen positif sepenuhnya sahaja, malah dia turut memberikan pandangan yang membina kepada peserta untuk membantu mereka ke peringkat seterusnya.

Advertisement

Menurutnya, kesalahan yang dilakukan peserta masih boleh diterima sehingga dia tidak melihat keperluan untuk memberikan komen secara kasar atau garang.

“Pertama sekali, kalau korang tengok setiap minggu, sebenarnya kesemua peserta ini bagus. Saya rasa mereka boleh jadi pelapis yang seterusnya. Tidaklah saya kata saya positif sangat. Saya masih lagi memberi input-input untuk mereka ke peringkat seterusnya.

“Cuma saya rasa terlalu awal juga, dan saya rasa kesalahan yang mereka buat itu macam masih lagi boleh diterima. Jadi, sebab itu saya pun bukannya nak sangat cakap benda yang garang-garang atau kasar sebab tiada guna kerana ia tidaklah teruk sangat,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Marsha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 di Marriott Hotel, Petaling Jaya pada Khamis.

Mengulas mengenai pendekatan penjurian yang lebih lembut berbanding program realiti zaman dahulu, Marsha mengakui dia sendiri memahami bagaimana sukarnya untuk menerima komen yang terlalu kasar.

“Saya rasa sebagai seorang manusia, bila saya menerima komen yang kasar dan tiada ayat berlapis positif itu, saya pun rasa susah nak terima.

“Jadi sebab itu saya berlapis setiap kali memberi komen. Sebab benda ini kalau kita pilih pendekatan yang tidak menarik, penerimaan dia pun jadi tidak seronok,” ujarnya.

Pelantun lagu Hening Rindu itu turut berkata peserta Borneo Rising sudah mempunyai asas nyanyian yang kuat, malah mereka sentiasa menujukkan minat dan rasa ingin belajar yang tinggi.

“Basic mereka dah kuat. Ketika saya berbincang dengan music director pun, mereka boleh color arrangement ini sebab orang-orang yang bertanding semua jenis yang boleh bawa apa yang kita sajikan kepada mereka juga.

“Saya dapat tahu yang arrangement pun ada yang buat sendiri, ada yang mereka tunggu dan betulkan apa-apa yang patutlah dengan music director. Macam zaman-zaman saya semasa AF2, kami memang ikut sebiji. Kami tidak ada unsur-unsur cuba nak mewarnakan atau memberi apa-apa pendapat,” kongsinya.

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan juri profesional dan 20 peratus undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September hingga 25 Oktober 2026.

Program itu bersiaran secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.



 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement