Sekilas
- Datuk A.Aida berkongsi pesanan di Threads tentang pentingnya menghargai seseorang sebelum kehilangannya.
- Beliau menegaskan dirinya bukan seperti barang yang boleh dicari semula selepas diabaikan.
- Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang tertanya-tanya maksud di sebaliknya dan memberi sokongan moral.
Penerbit dan pengarah, Datuk A.Aida mencuri perhatian selepas berkongsi pesanan mengenai sikap segelintir individu yang hanya menghargai seseorang selepas kehilangannya.
Menerusi perkongsian di Threads, A.Aida mengingatkan agar sentiasa menghargai seseorang selagi masih ada dan tidak menyesal apabila sudah terlambat.
“Masa aku ada, kau buat tak tahu. Bila aku dah tak ada baru kau nak tercari-cari macam hilang kunci kereta,” tulisnya.
Dalam hantaran lain, A.Aida turut menegaskan bahawa dirinya bukan seseorang yang boleh dicari semula sesuka hati selepas diabaikan.
“Jangan tunggu aku hilang baru nak rindu. Aku bukan barang Shopee yang boleh order semula,” ujarnya.
A.Aida bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelaku berkenaan atau memperincikan hal tersebut.
Perkongsian tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata tertanya-tanya tentang maksud di sebalik hantaran berkenaan, selain menitipkan kata-kata semangat buat A.Aida.