Skip to main content

Viral

"Masih Bernyawa Atau Tinggal Jasad..." - Bapa Nur Izzati Harap Anak Ditemukan Segera

Astro Gempak izzati

Sekilas

  • Bapa Nur Izzati Humaira Azizul berharap anaknya yang hilang di Bukit Changkat Asa dapat ditemukan segera walau dalam apa jua keadaan.
  • Operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga melibatkan lebih 90 anggota dari pelbagai agensi serta bantuan dron dan unit anjing pengesan.
  • Pihak polis juga menyiasat kemungkinan faktor lain dengan mendapatkan maklumat daripada rakan dan keluarga mangsa.

Bapa kepada remaja perempuan yang hilang ketika mendaki Bukit Changkat Asa di Tanjong Malim hanya berharap anaknya, Nur Izzati Humaira Azizul dapat ditemukan segera walau dalam apa juga keadaan.

Menurut lelaki tersebut, keluarga kini hanya mahu kepastian selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari ketiga tanpa sebarang petunjuk jelas mengenai kehilangan anaknya itu.

“Sama ada masih bernyawa ataupun sudah menjadi jasad, kami reda dan berharap dia dapat ditemukan segera,” katanya ketika ditemui media.

Nur Izzati Humaira, 19, dipercayai hilang ketika menuruni Bukit Changkat Asa bersama ahli keluarga dan rakan-rakan selepas dia mengambil keputusan berjalan bersendirian kerana berasa panas dan penat.

Operasi SAR yang dijalankan melibatkan lebih 90 anggota pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, polis, Angkatan Pertahanan Awam serta sukarelawan dengan bantuan dron pengesan haba dan unit anjing pengesan.

Dalam masa sama, pihak polis turut meneliti kemungkinan faktor lain di luar lokasi kejadian termasuk mendapatkan maklumat daripada rakan rapat, ahli keluarga dan individu yang mengenali mangsa.

Sebelum ini, ibu mangsa dilaporkan sempat menghubungi telefon bimbit Nur Izzati beberapa jam selepas kehilangan berlaku, namun tiada sebarang respons diterima daripada remaja tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement