Sekilas
- Datuk M.Nasir kekal sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi di Anugerah MACP 2025, mengalahkan pesaing seperti Saari Amri dan Ezra Kong.
- Beliau juga menang kategori Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi menerusi lagu Tiara.
- Zubir Khan dinobatkan sebagai Komposer Muda Berpotensi dan menang kategori Lagu Tamil Persembahan Tertinggi, manakala lagu lain turut memenangi kategori Lagu Melayu dan Inggeris Persembahan Tertinggi.
Komposer, Datuk M.Nasir sekali lagi mengekalkan kedudukannya sebagai Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2025.
M.Nasir turut meluahkan penghargaannya kepada penaja yang telah memberi kesempatan untuk dirinya merangkul gelaran tersebut meskipun berpendapat bahawa ramai anak seni yang lebih berbakat darinya.
"Terima kasih MACP untuk anugerah ini dan saya bersyukur kerana sering menerima pengiktirafan ini. Namun, dalam hati saya, saya merasakan lebih ramai orang yang lagi berbakat dari saya dalam industri ini,"katanya.
M.Nasir berjaya menewaskan pesaing sengit seperti Saari Amri dan Ezra Kong
Maestro muzik legenda itu turut memenangi kategori Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi menerusi lagu Tiara.
Lagu Sayunk I Love You ciptaan Harry dan Ajim Maze serta Old Love ciptaan Yuji, masing -masing memenangi kategori Lagu Melayu dan Lagu Inggeris Persembahan Tertinggi.
Dalam anugerah sama, Zubir Khan melalui lagunya Yennode Macha turut memenangi kategori Lagu Tamil Persembahan Tertinggi selain dinobatkan sebagai Komposer Muda Berpotensi
Antara kategori lain yang turut dipertandingkan ialah Lagu Cina Persembahan Tertinggi, Lagu Luar Negara Persembahan Tertinggi dan banyak lagi.