Skip to main content

Selebriti

Masih Segar Di Ingatan, Fazura Masih Tak Boleh 'Move On' Dengan...

Fazura Tak Move On Sheila Majid

Ringkasan AI

  • Konsert Sheila Majid baru-baru ini meninggalkan kenangan manis buat peminat yang hadir.
  • Pelakon dan usahawan Nur Fazura mengakui masih teruja dengan persembahan legenda muzik itu.
  • Fazura sudah bersedia untuk menonton konsert Sheila Majid seterusnya di Singapura pada 6 Jun 2026.
  • Sheila Majid memukau ribuan peminat di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan persembahan hampir dua jam penuh kualiti.
  • Konsert 40 Years In Music turut menampilkan pemuzik hebat seperti Mac Chew, Jenny Chin dan Tohpati.

Fenomena Konsert Sheila Majid masih segar di ingatan, meninggalkan kenangan indah buat mereka yang hadir menyaksikannya.

Antaranya pelakon dan usahawan, Nur Fazura yang mengakui masih teruja selepas menonton persembahan legenda muzik itu baru-baru ini.

"Ada sesiapa yang tak boleh move on lagi dengan konsert idola saya, Datuk Sheila Majid? Hebat kan. Dia sememangnya bintang yang sebenar. Tak boleh nak dijelaskan. Saya memang tiada perkataan," tulisnya.

Fazura turut mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk menyaksikan konsert Sheila Majid seterusnya yang bakal berlangsung di Singapura pada 6 Jun 2026.

"Masyaallah, saya dah ready untuk ke Singapura," ujarnya.

Terdahulu, dalam tempoh hampir dua jam penyanyi berusia 60 tahun itu berjaya memukau ribuan peminat di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan persembahan penuh kualiti dan aura luar biasa.

Konsert Sheila Majid 40 Years In Music turut menampilkan barisan pemuzik hebat termasuk Mac Chew, Jenny Chin dan Tohpati yang bergabung tenaga menjadikan persembahan itu benar-benar istimewa.

Must-Watch Video

Advertisement