Skip to main content
Advertisement

Rancangan Realiti

Masih Tiada Penyingkiran! Petrova Rampas Takhta Dengan Markah 73.18%

Masih Tiada Penyingkiran! Petrova Rampas Takhta Dengan Markah 73.18%

Sekilas

  • Petrova muncul juara minggu kedua Borneo Rising dengan lagu Tak Adil dan meraih markah 73.18% serta hadiah RM1,000 dari CelcomDigi.
  • Joy dan Dabra berada di tempat kedua dan ketiga dengan markah masing-masing 64.36% dan 63.59%, manakala Michelle diselamatkan juri walaupun markah rendah.
  • Borneo Rising bersiaran langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan TV Okey, dengan penjurian gabungan juri profesional dan undian penonton.
Advertisement

Minggu kedua pentas Borneo Rising (BR) menyaksikan Petrova mengungguli pentas minggu kedua selepas berjaya menduduki tangga teratas.

Membawakan lagu Tak Adil nyanyian asal Aisha Retno, Petrova berjaya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 73.18% daripada juri tetap.

Advertisement

Petrova turut membawa pulang RM 1,000.00 selepas dipilih sebagai pemenang Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi di segmen terakhir.

Sementara itu, Joy dan Dabra pula berjaya menduduki tangga tiga teratas dengan markah 64.36% dan 63.59%

Minggu Trend x Ethnic ini juga menyaksikan tiga peserta Michelle, Jecinta dan juga Aadel berada di kedudukan bawah apabila mendapat markah keseluruhan terendah.

Advertisement

Bagaimanapun, pihak juri telah mengambil keputusan untuk menyelamatkan Michelle di saat akhir, manakala Jecinta dan Aadel akan menentukan nasib mereka di pentas Borneo Rising pada minggu ke-3 dengan pertandingan battle di segmen pertama.

Berikut merupakan markah penuh bagi minggu kedua Borneo Rising (BR):

Bintang Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah

Penjurian Borneo Rising bakal ditentukan dengan 80% pemarkahan dari juri professional dan 20% dari undian penonton.

Dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama 8 minggu bermula dari 6 September 2026 sehingga 25 Oktober 2026  secara langsung dari ITCC Mall, Penampang Sabah, setiap Ahad jam 9PM, menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), serta boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

Nike Men's Sportswear T-Shirt - White [DX1984-100]

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Must Watch Video

Advertisement