Skip to main content

Berita

Masuk ICU Akibat Saluran Jantung Sempit, Ustaz Kazim Dilaporkan Stabil

Astro Gempak 393

Sekilas

  • Datuk Mohammad Kazim Elias kini dirawat di ICU hospital swasta akibat masalah saluran jantung sempit yang memerlukan prosedur belon.
  • Keadaannya dilaporkan stabil dan menunjukkan perkembangan positif selepas menjalani rawatan dan pemantauan oleh pakar perubatan.
  • Abangnya memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Ustaz Kazim supaya beliau dapat meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Pendidikan Al Barakah.

Penceramah bebas, Datuk Mohammad Kazim Elias kini menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini akibat masalah saluran jantung sempit.

Perkembangan itu dikongsikan oleh abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Menurutnya, Mohammad Kazim, 54, atau lebih dikenali Ustaz Kazim dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah saluran jantung sempit yang memerlukan prosedur memasukkan belon bagi melancarkan aliran darah.

“Ya betul, sekarang di ICU selepas dimasukkan belon bagi melancarkan dan meluaskan saluran jantung yang sempit.

“Selepas satu belon dimasukkan, doktor mendapati terdapat satu lagi saluran sempit yang memerlukan tambahan satu belon lagi,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah itu ada mengadu mengalami kesakitan yang teramat sangat.

"Buat masa ini pihak hospital tidak membenarkan lawatan kecuali isteri beliau," katanya.

Sehubungan itu, Mohd Najmuddin memohon orang ramai agar mendoakan kesembuhan adiknya supaya dapat kembali meneruskan usaha dakwah seperti biasa.

“Saya merayu kepada semua peminat dan pencinta ilmu supaya solat hajat dan berdoa agar beliau kembali sembuh demi meneruskan usaha dakwah dan menguruskan Pusat Al Barakah yang diterajuinya,” katanya.

Tambah beliau, sebarang perkembangan lanjut mengenai keadaan Ustaz Kazim akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, menerusi perkembangan terkini, Ustaz Kazim dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta di sini akibat masalah saluran jantung sempit.

Menurut abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz, keadaan beliau bertambah baik berbanding sebelum ini selepas menjalani prosedur dan pemantauan rapi oleh pasukan pakar perubatan.

Katanya, doktor mengesan saluran jantung sempit yang memerlukan rawatan segera, namun keadaan Mohammad Kazim kini stabil dan menunjukkan perkembangan positif.

Sumber: Sinar Harian & Al-Hijrah

 

Anda mungkin berminat dengan

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Corolla Soft Pu Lightweight Women Shoes

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

DESSINI ITALY SPP-12-S 12 PCS Casserole Induction Die Cast Aluminium Non Stick Pot Bowl Deep Fry Pan Cookware PERIUK

Must-Watch Video

Advertisement