Skip to main content

Selebriti

Mawi Panik Terima Hadiah Pelik Dari Peminat, Bapa Terus Larang Sentuh - "Ada Kotak Pink Bau Wangi, Bila Buka..."

WhatsApp Image 2026 03 17 at 7.03.27 AM

Penyanyi, Mawi mengimbau kembali pengalaman mengejutkan apabila pernah menerima hadiah yang tidak disangka daripada seorang peminat selepas membuat persembahan di luar negara.

Menurut Mawi, ketika itu dia sedang membuka hadiah-hadiah yang diterima bersama bapanya di sebuah bilik hotel sebelum dia membuat keputusan untuk membuka bungkusan kotak hadiah berwarna merah jambu yang dihiasi reben dan berbau wangi.

Namun, dia mendapati kotak tersebut sebenarnya mengandungi pakaian dalam wanita yang telah digunakan.

"Waktu itu ada satu negara ini, saya pergi untuk buat show. Selepas habis persembahan saya balik bilik hotel dan penuh hadiah dalam bilik saya. Saya bukalah hadiah-hadiah itu dengan ayah.

"Bila saya buka salah satu hadiah, ada satu kotak ni berwarna pink dan siap ada reben lagi. Baunya pun wangi. Ada satu kertas dan bila buka ianya berisi seluar dalam perempuan. G-string. Seluar itu dah dipakai dan ada cecair," katanya.

Mawi berkongsi pengalaman tersebut ketika muncul dalam program audio siar Sembang Seram.

Susulan dari kejadian tersebut, bapanya meminta supaya Mawi tidak menyentuh pakaian dalam tersebut sebelum membuangnya menggunakan penyangkut baju di tandas.

"Saya pun panik. Ayah cakap jangan sentuh. Dia ambil penyangkut baju dan Tarik. Ayah saya masukkan dalam tandas dan flush. Seram juga tu,"ujarnya.

Dalam masa sama, Mawi turut mengakui ujian melibatkan wanita ketika berada di kemuncak populariti selepas muncul sebagai juara Akademi Fantasia Musim Ketiga bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

"Ujian Wanita yang datang ini memang Masyaallah. Nak tepis itu macam kena betul-betul kuat. Yang datang bukan biasa biasa," jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement