Skip to main content

Berita

Mayat Model Ditemui Dalam Bagasi Selepas Dilaporkan Hilang Ketika Bercuti

Mangsa, Lyudmilla Turkova, 28, sebelum itu dilaporkan tidak dapat dikesan selama enam hari selepas kali terakhir bertemu beberapa rakannya di sebuah kelab malam di Belgrade, ibu negara Serbia

Sekilas

  • Seorang model glamor warga Rusia, Lyudmilla Turkova, ditemui maut dalam sebuah beg pakaian selepas dilaporkan hilang ketika bercuti di Serbia.
  • Mayatnya ditemui selepas penduduk mengesan objek mencurigakan di Terusan Vizelj dan polis menahan seorang lelaki warga Turkiye yang disyaki terlibat.
  • Siasatan awal menunjukkan mangsa dibunuh di sebuah pangsapuri sewa di kawasan Borca dan mayatnya dihantar untuk bedah siasat.
Advertisement

Seorang model glamor warga Rusia ditemukan maut di dalam sebuah beg pakaian selepas dilaporkan hilang ketika bercuti di Serbia, menurut laporan akhbar The Sun UK.

Mangsa, Lyudmilla Turkova, 28, sebelum itu dilaporkan tidak dapat dikesan selama enam hari selepas kali terakhir bertemu beberapa rakannya di sebuah kelab malam di Belgrade, ibu negara Serbia.

Advertisement

Mayatnya ditemui selepas penduduk setempat mengesan sebuah objek mencurigakan yang dibuang ke dalam Terusan Vizelj sebelum segera memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak polis.

Setakat ini, polis masih belum mendedahkan punca sebenar kematian atau kaedah pembunuhan mangsa.

Berikutan siasatan yang dijalankan, pihak berkuasa menahan seorang lelaki warga Turkiye yang dikenali sebagai K.E. di Lapangan Terbang Nikola Tesla, Belgrade ketika dipercayai cuba meninggalkan Serbia. Lelaki itu disyaki mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai membunuh Turkova di sebuah pangsapuri sewa di kawasan Borca.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Institut Perubatan Forensik untuk menjalani proses bedah siasat,” menurut kenyataan polis.

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement