Skip to main content

Berita

MCMC Siasat Dakwaan Kebocoran Data Peribadi Khairul Aming

Dakwaan berkenaan telah menimbulkan kebimbangan yang memberi gambaran terdapat individu tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat peribadi serta sistem inventori milik sebuah syarikat telekomunikasi.

Sekilas

  • MCMC akan mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran data peribadi pempengaruh Khairul Aming yang tular di media sosial.
  • Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, menggesa orang ramai membuat laporan jika terdapat insiden serupa bagi tindakan susulan.
  • Penyebaran maklumat peribadi tanpa kebenaran adalah kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi dan boleh dikenakan tindakan.
Advertisement

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mendapatkan laporan penuh berhubung dakwaan kebocoran data peribadi pempengaruh terkenal, Khairul Aming yang tular di media sosial.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan, dakwaan berkenaan telah menimbulkan kebimbangan yang memberi gambaran terdapat individu tidak sepatutnya mempunyai akses kepada maklumat peribadi serta sistem inventori milik sebuah syarikat telekomunikasi.
 

“MCMC diminta mendapatkan laporan penuh dan sekiranya ada mana-mana pihak yang melihat insiden yang serupa dengan ini, sila membuat laporan terus kepada MCMC agar tindakan susulan diambil terhadap mana-mana pihak yang sengaja menyebarkan maklumat,”katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2026.

Advertisement

Beliau turut mengingatkan penyebaran Maklumat Pengenalan Peribadi (PII) tanpa kebenaran merupakan kesalahan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi dan tindakan boleh diambil terhadap pihak terlibat.

Sumber: Berita RTM 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement