Skip to main content

Berita

Media Mulia Setuju Pertimbang Pilihan Selain Pemberhentian Pekerja

Media Mulia Setuju Pertimbang Pilihan Selain Pemberhentian Pekerja
Advertisement

Pengurusan Media Mulia Sdn Bhd (Media Mulia) memberi komitmen untuk mengkaji semula keputusan program cuti berbayar yang melibatkan hampir 100 pekerjanya, selain merombak model perniagaan syarikat.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan Media Mulia Abd Wahid Idris selepas bertemu Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil di Parlimen pada Jumaat. 

Abd Wahid berkata mereka kini masih berada dalam fasa perbincangan lanjut dan kekal terbuka kepada pelbagai pilihan yang bersesuaian demi kelangsungan operasi syarikat serta kebajikan pekerja.

Advertisement

"Dalam masa terdekat, fokus utama kami adalah melakukan penilaian menyeluruh dan melihat kaedah terbaik bagi merombak semula model perniagaan.

"Insya-Allah, selepas penelitian dan perbincangan bersama Menteri Komunikasi, mungkin akan ada beberapa pelarasan atau perubahan yang dilakukan terhadap pelan perancangan sedia ada," katanya kepada Bernama.

Turut hadir pada pertemuan yang berlangsung lebih satu jam, Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ashwad Ismail, Pengarah Reformasi Amalan Media Majlis Media Malaysia (MMM) Raveena Nagotra dan Penasihat Media Mulia Datuk Eddy Aziz. 

Advertisement

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan berkata mana-mana organisasi media yang berdepan masalah operasi dan kewangan diminta tampil berbincang bagi meneliti bantuan yang boleh diberikan selain memastikan pekerja media tidak berdepan risiko diberhentikan.

Semalam, MMM menggesa Media Mulia memastikan hak, ketelusan, serta kebajikan pekerjanya terus dilindungi susulan langkah penstrukturan semula membabitkan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Berdasarkan beberapa laporan media, Media Mulia dimiliki oleh Aurora Mulia Sdn Bhd (70 peratus) dan Opulence Global Asia Sdn Bhd (30 peratus). 

Sumber: BERNAMA, Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement