,
Berita

Mel Juara Rockanova, Bawa Pulang RM80,000

Syafiqah Jalal
17/05/2017
16:14 MYT
Finalis berasal Johor, Mel dinobatkan sebagai juara Rockanova di konsert akhir yang berlangsung sebentar tadi.
Mel atau nama sebenarnya Malisa Janudin telah menewaskan saingan terdekatnya, Azmi yang pada awalnya menjadi jangkaan beberapa pihak untuk bergelar juara pada konsert tersebut.
Dengan kemenangan itu, Mel berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM80,000 dan sebuah trofi.
Mel telah menyampaikan lagu berjudul Bintang Kehidulab nyanyian asal Nike Astria dan lagu duet Total Eclipse Of The Heart bersama Dian.
Naib Juara pula menjadi milik finalis berasal dari Pahang, Azmi yang memenangi wang tunai RM40,000 dan sebuah trofi.
Azmi atau nama sebenarnya, Azmi Khan Setapar merupakan peserta yang diserap masuk di minggu ketiga Rockanova.
Manakala Zarith selaku pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000 beserta trofi.
Dian pula terpaksa berpuas hati apabila diumumkan sebagai pemenang tempat keempat dan membawa pulang RM10,000 beserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh juri tetap, Edry dan Awie.
Rockanova dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Manakala Ratu Rock negara, Ella dan aktres Siti Elizad hadir sebagai juri jemputan.
Rockanova telah berlangsung pada Rabu, di Pusat Konvensyen CIDB, jam 9.30 malam dan disiarkan menerusi Saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Bergelar Naib Juara Rockanova, Azmi Jamu Satu Kampung Dalam Majlis Kesyukuran

gempak
29/05/2017
08:14 MYT
Berita

Gugup Mengacara, Sherry Alhadad Pengsan Jatuh Tangga

gempak
19/05/2017
14:10 MYT
Berita

Tak Mahu Over Confident, Takut Makan Diri – Zarith

gempak
17/05/2017
12:00 MYT
Berita

Sufi Ramal Azmi, Zarith Juara Rockanova

gempak
16/05/2017
12:01 MYT
Berita

Ingatkan Bertahan Sekejap Saja, Tak Sangka Pula Sampai Ke Final – Azmi Rockanova

gempak
15/05/2017
09:58 MYT