Skip to main content

Selebriti

“Memang Rasa Terkilan & Takut Bila Fikir Anak Pergi Ke Sekolah…” - Eyra Hazali

“Memang Rasa Terkilan & Takut Bila Fikir Anak Pergi Ke Sekolah…” - Eyra Hazali

Sekilas

  • Pelakon Eyra Hazali meluahkan rasa simpati terhadap kejadian pembunuhan seorang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.
  • Eyra berkongsi rasa risau dan terkilan kerana kejadian itu menghakis kepercayaan ibu bapa terhadap keselamatan di sekolah.
  • Dia turut mendoakan agar urusan kes dipermudahkan dan keadilan diberikan kepada mangsa serta keluarganya.
Advertisement

Pelakon, Eyra Hazali meluahkan rasa simpatinya terhadap kejadian yang menimpa seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang disyaki dibunuh dalam dewan sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Menerusi perkongsian di Threads, Eyra atau nama penuhnya Hazirah Qasdina Hazali, 28 berkata kejadian tersebut sememangnya memberikan kesan pada dirinya juga sehinggakan dia berasa risau untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Advertisement

Menurutnya, sekolah merupakan tempat yang paling selamat untuk anak-anak, maka, kejadian seperti ini boleh menghakis kepercayaan ibu bapa terhadap pihak sekolah.

“Sedih sangat baca apa yang jadi pada arwah Irene. Memang rasa terkilan dan takut bila fikir anak pergi ke sekolah. Tempat yang kita anggap selamat tetapi perkara macam ini boleh berlaku.

“Tak dapat bayangkan apa yang keluarga arwah sedang lalui sekarang,”tulisnya.

Advertisement

Dalam masa sama, pelakon drama Mr. Grey itu turut mendoakan segala urusan berkaitan kes pelajar itu dipermudahkan, selain berharap agar keadilan berpihak kepada mangsa dan keluarga.

“Semoga segala urusan dipermudahkan, kebenaran terbongkar dan keadilan dapat diberikan untuk arwah Irene.

“Salam takziah buat keluarga. Semoga semuanya terus kuat menghadapi kehilangan yang sangat berat ini. Al-Fatihah,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement