Skip to main content

Berita

Mengaku Tendang Muka Murid Tahun Lima 2 Tahun Lalu, Bekas Guru KAFA Didenda RM2,000

Mengaku Tendang Muka Murid Tahun Lima 2 Tahun Lalu, Bekas Guru KAFA Didenda RM2,000

Sekilas

  • Seorang bekas guru KAFA di Kuala Krai didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah menendang muka murid Tahun Lima dalam kelas dua tahun lalu.
  • Jika gagal bayar denda, bekas guru itu akan dipenjara selama empat bulan mengikut perintah mahkamah.
  • Kejadian berlaku pada 23 Oktober 2024 dan tertuduh didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara atau denda.
Advertisement

Seorang bekas guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Krai, Kelantan selepas mengaku bersalah mencederakan murid Tahun Lima dengan menendang muka kanak-kanak itu ketika berada di dalam kelas, dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Rais Imran Hamid terhadap Abdullah Mustakim selepas tertuduh mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan.

Advertisement

Mahkamah turut memerintahkan Abdullah dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, Abdullah didakwa sengaja mencederakan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dengan menendang muka mangsa menggunakan kaki kanan dalam sebuah kelas di sebuah sekolah di sini.

Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 2.30 petang pada 23 Oktober 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mazlinda Mohd Nor, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farazalila Fauzi.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement