Skip to main content

Selebriti

“Mereka Panggil Saya Roro, Buruk, Geli Hitam…” - Agy

“Mereka Panggil Saya Roro, Buruk, Geli Hitam…” -  Agy

Sekilas

  • Agy, personaliti media sosial, beri sokongan kepada Sharifah Haneesya yang dikecam kerana kulit gelapnya.
  • Agy berkongsi pengalaman sama dan faham perasaan Haneesya apabila dihina dengan panggilan seperti 'roro' dan 'keling'.
  • Dia puji bakat dan daya tarikan Haneesya serta doakan pelakon itu terus tabah dan berjaya.
Advertisement

Personaliti media sosial, Agy tampil memberikan sokongan dan dorongan buat pelakon, Sharifah Haneesya susulan kecaman yang dilemparkan terhadap dirinya hanya kerana memiliki kulit bewarna gelap.

Menerusi perkongsian di Threads, Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy Rajan berkata dia memahami situasi yang dilalui Haneesya, malah dia juga pernah mempunyai pengalaman yang sama sepertinya sebelum ini.

Advertisement

“Saya ada nampak hantaran ibu dan awak mengenai orang yang panggil awak Roro dan hina awak hanya kerana awak memiliki kulit bewarna gelap, ia menyakiti saya juga. Saya faham, apa yang awak rasa. 

“Mereka panggil saya roro, keli*ng, buruk, geli hitam dan macam-macam yang hina semua saya walaupun awak tak buat apa-apa pada mereka,”tulisnya.

Dalam masa sama, Agy turut memuji Haneesya sebagai aktres yang berbakat dan mempunyai daya tarikan tersendiri, selain mendoakan agar pelakon drama Aku Bukan Ustazah itu agar sentiasa tabah dan cekal mengharungi dugaan.

“Saya tahu betapa hebat dan berbakatnya awak. Saya tahu bagaimana rasa sakitnya apabila kena hina dan fitnah macam itu tetapi tolong tahu yang awak cantik. Awak ada tarikan tersendiri. Awak buat cara awak dan teruskan kuat. Saya doakan awak berjaya,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement