Walaupun baru sahaja teaser yang dikeluarkan, namun rata-rata netizen sudah mula menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem Banduan.
Filem aksi arahan Kroll Azry yang menampilkan Dato Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Dato Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot, Abi Madyan sebagai watak utama ini membuatkan ramai berasa teruja.
Ada yang menyifatkan Banduan mempunyai jalan cerita yang mantap ditambah pula dengan keserasian barisan pelakon hebat bakal memantapkan lagi filem ini.
Antara komen yang diterima adalah:

Nantikan filem Banduan terbitan Astro Shaw, sebuah produksi Number Twenty One Media di pawagam seluruh Malaysia pada 6 November ini.
Sinopsis:
Sebuah filem aksi treler yang diadaptasi daripada filem pecah panggung dari negara India, bertajuk ‘Kaithi’.
Mengisahkan Inspektor Johari menjadi sasaran balas dendam dan ingin menyelamatkan rakan anggota polis yang lain.
Jadi dia terpaksa bekerjasama dengan Dali, seorang bekas banduan yang ingin menebus masa silam demi anaknya.
Sementara itu, ketua gengster, Rejab menyerang balai polis untuk membebaskan abangnya, Azarudin.
Kini, Johari dan Dali harus berdepan dengan Rejab dan bakal menentukan sama ada undang-undang atau kekejaman yang akan menang.