Skip to main content

Selebriti

Mohon Kawal Emosi, Puteri Sarah Nasihat Dr. Fie Berdasarkan Pengalaman Sendiri - "Saya Percaya Peguam Awak Ialah...

dr fie sarah

Pelakon, Puteri Sarah mencuri perhatian ramai apabila dilihat tampil menenangkan Dr. Fie yang kini sedang tertekan dengan masalah rumah tangganya.

Menerusi Threads, Sarah menasihatkan Dr. Fie agar bekerjasama dengan peguamnya, Datuk Akberdin yang juga merupakan peguamnya sebelum ini, bagi menyusun strategi terbaik dalam menguruskan isu tersebut.

Sarah turut berpesan agar Dr. Fie bijak mengawal emosi serta tidak mendedahkan sebarang rancangan dan strateginya pada pihak lawan.

"Kepada Dr Fie, saya percaya peguam awak sekarang ialah peguam saya dulu iaitu Datuk Akberdin. Dia sangat bijak. Duduk dan bincang dengan dia bagaimana untuk bertindak balik.

"Kawal emosi awak, bertindak dengan bijak. Jangan bagitau apa rancangan awak. Tau-tau dah laksanakan rancangan awak, biar jadi kejutan untuk pihak sana.

"Selamat maju jaya. Insyaallah semuanya akan baik-baik sahaja," tulisnya.

Dalam masa sama, Sarah berkongsi pengalamannya dengan menasihatkan Dr. Fie supaya sentiasa berfikir di luar kotak dan mempunyai 'back-up plan'.

"Awak kena fikir di luar kotak. Kena fikir banyak kemungkinan. Itu yang saya buat dulu. Kena ada 'back up plan'. Kena tahu lawan awak siapa. Benda ni macam 'chess', kena tau pergerakan seterusnya tanpa pihak lawan awak sedar," tulisnya

Terdahulu, Dr. Fie meluahkan kekecewaan terhadap Nubhan yang didakwa telah mengeluarkan barang peribadi daripada rumahnya tanpa sebarang notis.

Dakwa Dr. Fie lagi, ini bukanlah kali pertama bekas suaminya itu bertindak sedemikian terhadapnya.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.

Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal  Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
 

Must-Watch Video

Advertisement