Skip to main content
Advertisement

Filem

Mojoku Hilang: Adipati Dolken Sedih Berpisah Dengan Mojo, Akui Ada ‘Bonding’ Bersama - “Sampai Satu Tahap, Saya Boleh…”

Mojoku Hilang: Adipati Dolken Sedih Berpisah Dengan Mojo, Akui Ada ‘Bonding’ Bersama - “Sampai Satu Tahap, Saya Boleh…”

Sekilas

  • Adipati Dolken berkongsi tentang hubungan rapatnya dengan Mojo, lembu dalam filem Mojoku Hilang, yang dibina melalui sesi bonding seperti memandikan dan menyikat bulu Mojo sebelum penggambaran.
  • Aktor Indonesia itu mengakui sedih berpisah dengan Mojo selepas penggambaran selesai dan mendedahkan dirinya seorang pencinta haiwan sejak kecil.
  • Filem Mojoku Hilang mengisahkan Adi yang menyamar untuk mendapatkan kembali Mojo dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.
Advertisement

Pelakon filem Mojoku Hilang, Adipati Dolken mengakui dirinya mempunyai hubungan yang rapat dengan peneraju filem tersebut, Mojo.

Menurut Adipati, dia banyak meluangkan masa bersama Mojo sebelum penggambaran bermula bagi mendapatkan ‘connection’ antara mereka.

Advertisement

Antara usaha yang dilakukan termasuklah sesi berinteraksi, memandikan dan merapikan bulu Mojo.

“Semasa persiapan penggambaran, saya dan Mojo ada melakukan ‘bonding’ bersama. Ada beberapa kali kami berjumpa, saya akan mandikan dia, sikat bulu-bulunya dan berborak dengan dia walaupun tiada sebarang respon.

“Saya banyak luangkan masa dengan dia. Sampai satu tahap, saya boleh rasa hubungan tersebut. Kita sendiri boleh tahu kita dah ‘connect’. Bila dia dah terima saya, barulah saya rasa kami boleh teruskan penggambaran,”katanya kepada Gempak.

Advertisement

Aktor asal Indonesia itu turut berasa sedih apabila terpaksa berpisah dengan Mojo selepas sesi penggambaran filem berkenaan tamat.

“Saya sedih bila berpisah. Malah ketika shooting pun saya dah rasa sedih,”ujarnya.

Dalam masa sama, Adipati turut berkongsi bahawa dirinya seorang pencinta haiwan, malah sejak kecil lagi dia sudah mempunyai haiwan  peliharaan.

“Saya memang pencinta haiwan. Saya ada anjing. Dulu ada dua ekor tetapi sekarang tinggal seekor sahaja. Dari kecil saya memang dah ada haiwan peliharaan. Saya suka naik kuda dan berinteraksi bersama haiwan,”katanya lagi.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai penduduk kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak ‘menculiknya’ bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikat miliknya sendiri.

Filem terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films itu kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Must Watch Video

Advertisement