Skip to main content

Berita

MPT4 Dah Dekat! Ini Cara Mudah Bantu Anak Tahun 4 Lebih Bersedia

MPT4 Dah Dekat! Ini Cara Mudah Bantu Anak Tahun 4 Lebih Bersedia

Sekilas

  • Misi Skor MPT4 menyediakan 22 episod kapsul pendidikan untuk membantu murid Tahun 4 buat persediaan peperiksaan MPT4 dalam empat mata pelajaran utama.
  • Setiap episod menampilkan tip ulang kaji, contoh soalan dan teknik menjawab yang mudah difahami untuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • Program ini boleh distrim melalui On Demand, Astro GO dan sooka, dengan peperiksaan dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober 2026.
Advertisement

Peperiksaan boleh menjadi pengalaman mendebarkan buat kanak-kanak, terutama apabila mereka masih membiasakan diri dengan format soalan dan cara menjawab dengan betul.

Bagi murid Tahun 4 yang bakal menduduki MPT4 pada 6 hingga 8 Oktober ini, persediaan pada saat akhir bukan sekadar menghafal fakta, tetapi memahami kehendak soalan serta menggunakan teknik yang betul ketika menjawab.

Advertisement

Bagi membantu murid membuat persediaan dengan lebih yakin, ‘Misi Skor MPT4’ menyediakan 22 episod kapsul pendidikan yang memberi fokus kepada empat mata pelajaran utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Setiap episod mengetengahkan tip ulang kaji, contoh soalan serta teknik menjawab menerusi pendekatan ringkas dan mesra kanak-kanak.

Untuk Bahasa Melayu, murid boleh mempelajari teknik tatabahasa dan pemahaman, respons kritis, membina perenggan serta menghasilkan karangan.

Advertisement

Bahasa Inggeris pula memberi tumpuan antaranya kepada Lexico-Grammar, kefahaman teks linear dan bukan linear, soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta teknik menghasilkan esei pendek dengan idea yang jelas.

Bagi Matematik, beberapa teknik mudah diperkenalkan untuk membantu murid menguasai topik tertentu.

Antaranya Kaedah Rama-Rama untuk pecahan, teknik asas 60 minit dan garis masa bagi topik Masa dan Waktu serta Kaedah Tangga Metrik untuk Panjang, Jisim dan Isipadu.

Murid turut diberikan panduan menjawab soalan KBAT menerusi tiga langkah iaitu mengenal pasti, menunjukkan jalan kerja dan menyemak semula jawapan.

Untuk Sains pula, pembelajaran dikaitkan dengan contoh yang dekat dengan kehidupan seharian.

Antara topik yang diberikan perhatian ialah Ketumpatan, Tenaga, Mesin Ringkas serta Graviti dan Bumi.

Pendekatan itu membolehkan murid bukan sahaja mengingat fakta, tetapi memahami konsep sebelum menggunakannya ketika menjawab soalan.

Dengan peperiksaan semakin hampir, ibu bapa juga boleh membantu dengan mewujudkan rutin ulang kaji yang lebih tersusun dan memberi ruang kepada anak untuk memahami topik mengikut kemampuan mereka.

‘Misi Skor MPT4’ boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan sooka.

MPT4 bagi murid Tahun 4 dijadualkan berlangsung dari 6 hingga 8 Oktober 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Turtntn ProDigitalStore AUTO SELF CHECK Code Voucher Check Plagiat and Ai Report Student

Turtntn ProDigitalStore AUTO SELF CHECK Code Voucher Check Plagiat and Ai Report Student

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

HETCH V3 Pro Hyper-Clean Handheld Dust Mite Bed Vacuum Cleaner & Mop Vakum Dan Mop HVC-1416-HC

Must Watch Video

Advertisement