Skip to main content

Selebriti

Muak Dengan Watak Penyondol dan Sedih, Ezzanie Teruja Dapat Jadi Jahat Dalam Drama 'Impiana'-"Saya Tak Pernah Kena..."

Ezzanie Watak Jahat

Pelakon, Ezzanie Jasny meluahkan rasa teruja apabila dia akhirnya dapat memegang watak berbeza dari yang pernah dibawanya sebelum ini.

Memegang watak sebagai Mimi Monira dalam drama Impiana, Ezzanie berkata dia amat tertarik dengan siri ini kerana bakal digandingkan bersama ramai pelakon wanita berbanding lelaki.

Advertisement

"Cerita ini sangat menarik sebab saya jumpa ramai orang. Kalau tak, saya asyik jumpa hero dan keluarga. Kali ini, saya dapat jumpa ramai pelakon perempuan.

"Sebelum ini, saya pernah cakap dengan tenaga produksi, tiada ke orang nak buat cerita mengenai perempuan pula, asyik lelaki sahaja. Jadi, kali sangat berbeza. Saya akan bawa watak yang dibenci dan tidak lagi disayangi.

"Saya sudah tidak mahu membawa watak curang dan penyondol, jadi disebabkan sudah banyak memegang watak yang sedih, saya tak nak orang meletakkan stereotaip pada saya," katanya ketika ditemui Gempak.

Dalam masa sama, Ezzanie turut mengakui dia mengalami kesulitan membawa watak ini kerana tidak pernah merasai pengalaman dibuli.

"Cabaran banyak sebab karakter dalam cerita ini sangat lain sampai saya kena warnakan rambut. Saya juga masih belajar untuk bawa watak ini. Saya tak pernah kena buli, jadi itu adalah cabaran besar bagi saya.

Walaubagaimanapun, dia bersyukur kerana penulis novel, Ain Maisarah banyak memberi bimbingan dan kerjasama bagi menyempurnakan lagi jalan cerita.

"Sejujurnya, saya rasa takut dengan jangkaan orang ramai tetapi saya amat teruja untuk membawa watak ini. Ain pun banyak memberi kerjasama dan bantu kami dari segi video, karakter dan penjelasan jalan cerita.

Sekadar info, Drama Impiana merupakan siri adaptasi dari novel Impiana karya Ain Maisarah dan bakal ditayangkan dalam masa terdekat.

Selain Ezzanie, ramai pelakon tanah air turut memeriahkan drama ini antaranya ialah Che Puan Juliana Evans, Tiz Zaqyah, Yuna Rahim, Sharifah Haneesya, Adriana Adnan, Dottie dan ramai lagi.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement