Skip to main content

Filem

"Mudah Berlakon Dengan Semua Lelaki, Tiada Pegang, Peluk... Love Sangat" - Aaron Aziz

Banduan Tiga Kawan

Ringkasan AI

  • Fadhli Masoot berkongsi bahawa hubungan rapat dengan Datuk Rosyam Nor dan Aaron Aziz di luar set membantu menjadikan watak mereka lebih hidup dalam filem Banduan.
  • Mereka bertiga sentiasa bersama sepanjang penggambaran, baik di depan mahupun di belakang kamera, yang meningkatkan keserasian lakonan.
  • Rosyam Nor mengakui keserasian mereka terbina secara semula jadi dan terbuka menerima teguran daripada rakan pelakon lain.
  • Aaron Aziz menyifatkan babak dalam lori sebagai bukti keakraban mereka dan lega berlakon tanpa adegan romantik.
  • Filem Banduan arahan Kroll Azry mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 6 November dengan barisan pelakon hebat lain.

Pelakon, Fadhli Masoot berkongsi bahawa hubungan rapatnya dengan Datuk Rosyam Nor dan Aaron Aziz di luar set membantu menjadikan watak mereka lebih hidup dalam filem Banduan.

Fadhli yang membawa watak sebagai Alang berkata sepanjang tempoh penggambaran, mereka bertiga tidak pernah berenggang, baik di depan mahupun di belakang kamera.

"Kalau dekat set, kalau saya menjauh dari Rosyam dan Aaron mereka akan cakap 'eh koboi kau nak berlagak apa meh duduk sini' untuk nak bersembang dengan kita. Dari luar lakonan tu yang saya rasa membantu," katanya.

Perkara tersebut turut diakui oleh Rosyam yang menyatakan bahawa keserasian mereka terbina secara semula jadi hasil daripada keakraban yang terjalin di luar set.

Sebagai pelakon senior, Rosyam juga terbuka menerima teguran daripada rakan pelakon lain dan menganggap gandingan mereka bertiga sebagai padanan yang serasi.

"Saya berterima kasih kepada Fadhli dan Aaron kerana kami bertiga mengharungi pengembaraan sampai ke pagi hingga memberi impak baik pada saya. Ada teguran dari mereka. Itu lumrah kami bertiga untuk menegur sesama kami dan saya sebagai senior saya terima secara terbuka teguran tersebut. Kami bertiga adalah pasangan yang cocok," ujarnya.

Sementara itu, Aaron pula menyifatkan babak dalam lori sebagai bukti keakraban mereka.

Dia juga lega kerana hanya berlakon dengan pelakon lelaki tanpa perlu memikirkan adegan romantik.

"Saya berlakon dengan Alang dan Datuk Rosyam Nor. Kami bertiga je dalam scene lori. Kat situlah kita minum, makan, menunggu dan berjenaka.

"Mudah berlakon bersama semua lelaki. Tiada pegang, peluk dan love sangat. Shooting dengan semua pelakon yang otai-otai yang dah ada pengalaman memang tiada apa yang dirisaukan," jelasnya.

Banduan terbitan Number Twenty One Media mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 6 November.

Filem arahan Kroll Azry ini turut dibintangi barisan pelakon hebat lain seperti Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain dan Abi Madyan.

Must-Watch Video

Advertisement