Skip to main content

Selebriti

Muncul Sebagai Duta Aiskrim, Ini Jawab Bella Astillah - "Saya Sedar Banyak..."

 Muncul Sebagai Duta Aiskrim, Ini Jawab Bella Astillah - "Saya Sedar Banyak..."

Penyanyi, Bella Astillah tampil menjelaskan isu berhubung dirinya yang menjadi duta di salah sebuah syarikat aiskrim terkemuka.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, dia memahami situasi tersebut amat sensitif terutama apabila ia melibatkan isu Gaza, namun tetap berusaha melakukan yang terbaik agar tidak menyinggung mana-mana pihak.

Advertisement

"Saya sendiri pun masih di dalam kontrak. Semua yang wakili kita seperti kak Zizi dan Kak Jaa adalah orang yang saya kenal. Semestinya saya simpati dan bangga dengan perjuangan mereka. Saya percaya ia adalah tidak mudah dan saya sedar banyak yang saya perlu perbaiki.

"Saya pun masih bercakap pasal ini tetapi saya percaya semua artis ada cara yang tersendiri. Semua brand itu di bawah pengurusan saya tetapi saya ada berbincang dengan pihak pengurusan. Hantaran pun saya minta ia ditangguhkan dan mereka memahami. Jadi, saya faham kalau rakyat Malaysia marah dengan situasi sekarang sebab saya sendiri pun ada mengikuti perkembangan Gaza," katanya ketika ditemui Gempak.

Bella berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri majlis pelancaran single duet terbaharunya berjudul “Akhirnya Kamu” di Ruang Rama, Petaling Jaya pada Isnin.

Anak kelahiran Sabah itu turut berkata dia tidak akan menghakimi mana-mana artis kerana baginya mereka semua mempunyai cara tersendiri untuk menyampaikan soladiriti terhadap Palestin.

"Seperti yang semua nampak, dari dulu sehingga sekarang ikuti perkembangan. Kita semua ada cara memasing untuk menyokong dan sebarkan kesedaran. Saya sangat faham rakyat Malaysia dan perkara ini sangat sensitif dan turut bersoladiriti.

"Seperti yang semua tau saya ada label dengan Universal Music Malaysia. Sebenarnya banyak perkara yang saya ingin sampaikan pada peminat dan saya percaya takde siapa pun inginkan kekejaman dan kemusnahan.

"Saya sendiri turut bersedih sebab saya pun ada anak-anak. Macam saya cakap tadi, pastinya ada perbincangan dan itu adalah perkara yang besar.  Tapi kita semua ada cara masing-masing untuk beri bantuan dari segi sokongan dan dana. Untuk saya sendiri, saya sangat prihatin dengan keadaan sekarang," ujarnya.

Terdahulu, kemunculan Bella sebagai duta kepada sebuah jenama aiskrim terkenal mencuri perhatian warganet apabila syarikat berkenaan didakwa mempunyai kaitan serta menyumbang kepada keuntungan syarikat Israel, terutamanya ketika kemelut Gaza sedang hangat diperkatakan di seluruh dunia.

Must-Watch Video

Advertisement